Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah syukur 2 minggu lepas MB dan keluarga telah menjejakkan kaki ke Vietnam. Selama 5 hari 4 malam bermula hari Jumaat sehingga Selasa. Melalui penerbangan Air Asia selama 2 jam 30 minit.

Negara Vietnam merupakan sebuah negara komunis dan hanya mempunyai 1 parti yang memerintah dan tiada parti lain.

20131216-104613.jpg

MB akan kongsikan sedikit tips ringkas buat rakan rakan yang akan ke Vietnam..

1. Anda boleh menggunakan matawang Dollar dan Ringgit Malaysia semasa urusan jual beli, bergantung kepada kedai tersebut.

2. Nasihat MB, jika membeli barang bayar dalam matawang Dollar atau Ringgit Malaysia kerana harga dalam matawang berikut berbeza malah lebih murah dari Matawang Dong Vietnam.

3. Jika hendak tawar menawar pastikan barang tersebut tidak mempunyai tanda harga dan tanya dahulu kepada penjual berapa harga. Jika pada barang tersebut ada tanda harga ianya adalah ‘ fix price ‘ tidak boleh tawar menawar.

4. Jika hendak tawar menawar cuba tawar kepada 50% rendah dari harga asal.

5. Jika hendak membeli kain ela lebih murah di Chinatown Saigon atau di Kedai Hajjah Basirah.

6. Di Saigon tidak susah mencari restoran halal cuma kena rajin mencari restoran tersebut. Contoh restoran ialah Banana Leaf, Sri Pinang, Red House, Restoran Hajjah basirah.

7. Elakkan bermain HP atau memegangnya secara terbuka kerana peragut disana amat pantas. Lebih elok berbuat demikian di kawasan selamat dan tidak ramai orang.

8. Jika membeli banyak barang,baju atau kain sila buang plastik barang tersebut dan campurkan dengan baju baju yang anda telah bawa. Bagi mengelakkan bagasi anda ditahan semasa check in di Airport oleh kastam disana. MB sendiri sudah terkena dimana bagasi ditahan, sebenarnya pihak kastam mereka sengaja menahan supaya kita membayar cukai kepada mereka.

9. Seperti di China, di tandas mereka tiada paip air begitu juga di Vietnam sesetengah tempat tidak disediakan paip air jadi anda perlu membawa botol kosong ke tandas untuk mengisi air di singki.

10. Jika bersarapan pagi pastikan anda tidak mengambil menu yang ada daging atau ayam. Ambillah roti, bijirin buah buahan dan sedikit jus buah. Kerana pesan tourist guide kepada saya dikhuatiri menu yang disediakan tidak halal.

Itu sedikit tips ringkas yang MB dapat kongsikan. Tips ringkas tetapi amat penting bagi rakan rakan yang hendak ke Vietnam.

Sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

7,075 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. We’re a group of volunteers and opening a new scheme in our
    community. Your site provided us with helpful info to
    work on. You have performed a formidable job and our entire group shall be grateful to you.
    quickbooks cheques Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..quickbooks chequesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam