Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Anda tidak mahu menghalang anak-anak anda dari aktiviti Internet dan penggunaan telefon pintar, tetapi anda mahu memastikan mereka selamat semasa mereka berada situasi tersebut. Ikuti sedikit tips dari MB untuk memantau aktiviti anak anda atas apa yang mereka lakukan di Internet.

Awasi internet anak anda
Kecil-kecil sudah pandai guna Laptop

Bagaimana memastikan keselamatan penggunaan internet oleh anak anda :

Langkah 1: Pastikan komputer / laptop berada  luar dari bilik tidur.

Dengan meletakkan komputer rumah anda dalam ruang tamu dan bukannya di dalam bilik tidur anak anda, anda akan dapat memantau dan melihat  apa yang mereka lakukan. Letakkan komputer di dalam bilik tidur anda atau di dapur supaya senang mengawasi anak anda. Pergerakan mereka lebih terbatas.

Langkah 2: Tetapkan peraturan

Berbincang dengan anak-anak anda secara terbuka mengenai bahaya Internet (jenayah siber), serta kepentingan privasi / tingkah laku yang sesuai. Biarkan mereka tahu bahawa anda  memantau aktiviti internet mereka, telefon bimbit dan aktiviti pesanan ringkas. Ini akan membuatkan mereka lebih berhati-hati bila menggunakan internet.

Langkah 3: “Rakan” mereka

Adakah anak-anak  anda menghabiskan banyak masa di Facebook? Menjadi rakan Facebook mereka untuk memerhatikan interaksi sosial mereka adalah cara yang terbaik. Jika anda membenarkan anak anda  untuk menggunakan laman media sosial, pastikan bahawa anda mempunyai kata laluan akaun mereka supaya anda tahu aktiviti talian mereka. Di Facebook pelbagai maklumat dan gambar boleh diperolehi, kawal supaya anak anda tidak kemaruk dengan Facebook.

Langkah 4: Gunakan program pemantauan

Melanggan program pemantauan atau perkhidmatan seperti SpectorSoft, SafetyWeb, atau program lain. Jenis-jenis perkhidmatan ini membolehkan anda untuk menyekat laman web tertentu, log aktiviti dan merekodkan semua  sejarah Internet yang digunakan. Dengan beberapa program yang ada di pasaran anda juga boleh melihat apa yang anak anda lakukan dalam talian pada masa sebenar, manakala perkhidmatan lain akan memberitahu anda mengenai aktiviti yang mencurigakan.

Cyberbullying, berlakunya kecurian identiti dalam talian adalah bahaya yang sebenar. Walau bagaimanapun, dengan ketekunan dan komunikasi, anda boleh memantau aktiviti dalam talian anak anda dan melindungi mereka sebanyak mungkin. Maklumlah teknologi semakin canggih dan banyak juga aktiviti yang tidak bermoral di dalam internet. Dikhuatiri anak-anak anda terjebak dalam penyalahgunaan internet.

9,861 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Aktiviti anak-anak ketika melayari internet perlu dipantau selalu memang betul. Jika menggunakannya di tempat terlindung spt di dalam bilik, pastinya ada benda yg mereka sembunyikan. Tip yg bro berikan memang terbaik. Boleh diikuti oleh sesiapa saja yang ada anak.
    Kamil Salleh Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Template Baru Untuk Tahun Baru 2014My Profile

  2. Masalahnya, ramai anak2 yg akses internet pakai phone skrg ni.

    Dan dengan Play Store yg byk app lucah dan mengarut, macam mana kita nak kawal diorang?

    p/s Saya pakai Android dan iOS. iOS jauh lebih selamat sbb Apple Store lebih strict dan sgt kurang benda lucah.

  3. Slm..mak ada gunakan beberapa kaedah..

    1- letakkan laptop di hall supaya kita boleh melihat / mendgr apa yg dilayari oleh anak2 kita. Kedudukan komputer tu jga penting..jgn terselindung dan biar paparan komputer tu bebas pandangan.

    2- Pasang software K9 yg percuma. Selain blok website yg x diingini, kita juga blh msukkan word2 yg kita rasa ‘lucah’ dan ingin diblok supaya google x akan paparkan image2 begini jika anak kita search gambar2 ( biasanya utk homework).

    3- kawal penggunaan media sosial yg ank kita ada like Fb dan twitter. Kalau boleh ler.. Alhamdulillah anak2 mak xde fb. X nmpk benefit FB tu semua utk anak2 kecik.:)

    P/s: Youtube punnnn kena pantau tau..sbb bnyk link2 yg ada kat tepi tu utk anak2 kita TERclick tnpa niat!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam