Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Salam Ceria buat pembaca,

Aku mendirikan rumahtangga pada tanggal 5 Disember 2011. Waktu itu usia aku baru menjangkau 26 tahun manakala isteri ku pula 25 tahun. Mungkin ada yang mengatakan usia kami muda untuk mendirikan rumahtangga dan mungkin usia kami di waktu itu ialah usia yang sesuai.

Perkenalan kami bermula semasa bersama sama menuntut di kolej iaitu pada awal tahun 2007. Waktu menuntut ilmu memang banyak dugaan jika anda memilih untuk menjalinkan hubungan. pada mulanya aku terserempak isteri ku di surau waktu itu, dan masa itulah hati aku terpaut pada dia. dari situlah aku mulakan langkah untuk mengenali beliau.

Sepanjang perkenalan dan perhubungan boleh dikira dengan jari berapa kali kami keluar bersama kerana di kuliah kami tidak seperti pasangan lain yang akan mencari peluang untuk berkepit hehehe. Tapi kami berlainan, si dia meletakkan syarat untuk tidak menampakkan kami ini seperti pasangan kekasih di kolej. Hendak atau tidak aku turutkan sahaja demi memenangi hati dia.

Dipendekkan cerita, selepas tamat pengajian aku pulang ke Selangor mencari kerja dan dia pulang ke kampung halamnnya di Perak. Selepas hampir 3 tahun kami menjalinkan hubungan, kami membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah jodoh kami disatukan pada 5 Februari 2011.

Denaihati Turut Memberikan Tips Rumahtangga

Cabaran Dalam Rumah Tangga

Tidak dinafikan semasa fasa pertama perkahwinan, akan timbul masalah dan sedikit selisih faham antara kami berdua, maklumlah walaupun dah lama kenal tetapi inilah yang dikatakan ujian. Kadang kadang sampai tidak bertegur sapa akibat amarah di dalam hati masing masing.

Ego yang membuatkan kami suami isteri untuk tidak mengalah. Hendak pula aku jenis yang Mr Arrogant. Tetapi setiap permasalahan dalam rumahtangga pasti ada jalan penyelesaiannya terletak pada diri kita masing masing untuk mengharmonikan rumah tangga.

Tips Rumahtangga
Sewaktu Hari Bersejarah Kami

Tips Rumahtangga Dari Melastik Bintang

1. Ego – Rendahkan ego masing masing dalam rumahtangga, jika kedua dua belah pihak tetap dengan ketinggian ego mereka, perselisihan faham akan berlanjutan lebih lama lagi.

2. Duduk Berbincang – salah satu tips yang anda boleh amalkan dimana di dalam perhubungan suami isteri , harus ada waktu untuk perbincangan jika mengalami kesulitan atau masalah peribadi ataupun rumahtangga. Berbincang dengan cara baik secara 2 hala akan dapat mengatasi masalah yang wujud.

3. Hormat menghormati – Salah satu tips yang aku amalkan dari awal lagi iaitu saling hormat menghormati.

4. Wujudkan Sifat Romantik – Cuba praktikkan sebelum anda pergi kerja atau keluar ke mana mana, pastikan anda memberitahu isteri / suami anda dahulu. Sebagai iateri salam suami anda dan cium tangannya, manala si suami kucup dahi isterimu agar kasih sayang makin menebal.

5. Bertolak Ansur – Ini merupakan point yang amat penting dalam rumahtangga. Sebagai suami isteri harus ada sifat ini kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri. Jika suami mengalami kesusahan, si isteri harus membantu dan berada di belakang suami memberi sokongan begitu juga dengan suami, jika isteri mengalami kesusahan anda harus membantu dan menyokong.

6. Fahami Tanggungjawab – Pasti pernah dengar ‘With great power comes a great responsibility‘. Begitu juga dengan suami, sebagai ketua keluarga anda harus memahami tanggungjawab anda dan cuba laksanakan ia. Tanggungjawab anda sebagai suami memang besar dan berat. Si isteri juga harus tahu tanggungjawab anda.

7. Dengar Pendapat – Kekadang kita dapat lihat punca keretakan rumahtangga ialah wujudnya masalah. Bukannya tidak boleh selesai, cuba belajar menerima pendapat orang lain dalam menyelesaikan masalah rumahtangga anda. Tetapi haruslaha memilih pihak ketiga itu dengan betul. Pandangan dan pendapat orang lain kekadang boleh mendatangkan jalan penyelesaian.

8. Pergi Bercuti – Perkara yang suami isteri harus lakukan …bukan harus tetapi wajib lakukan untuk menyegarkan kembali hubungan anda semula. Ambil cuti beberapa hari dan rancang bercuti bersama untuk ketenangan dan segarkan semula ikatan rumahtangga anda.

9. Elakkan Berbohong – Isu yang sensitif, tetapi tidak dinafikan akan berlaku ketidakjujuran di dalam rumahtangga jika pasangan mempunyai tabiat ini. Jika selalu ianya akan menjadi kebiasaan terhadap diri masing masing dan kelak akan menjadi satu penyakit yang sukar untuk diubati. Kalau bohong untuk sesuatu yang memberi kebaikkan kepada rumahtangga tidak mengapa tetapi jangan yang membawa kemudaratan.

Yang akhir sekali ialah, kukuhkan ilmu agama anda dalam diri masing masing. Tingkatkan iman dan taqwa di dalam mengharungi rumahtanggan anda. Layari bahtera rumahtangga anda dengan panduan islam dan berpegang pada Al Quran dan Sunnah, In Syaa Allah akan bahagia hendakNya.

5,072 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Menarik cerita Mr.Arrogant ni hehehe…

    yelah hati terpaut masa kat surau.. romantik bagi pandangan kie huhuhu…

    terima kasih atas tips ini walaupun kie belum bertemu jodoh…

    advances tips lah dari abang2 ni hehehe…

    Mabrook MB..!!!
    Kikie Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..WORDLESS WEDNESDAYMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam