Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bila anak dah ketagih dengan gajet , berhati hati dengan mereka kerana dikhuatiri mereka salah guna kemudahan tersebut.

Macam Mr Ray, sebelum ini memang dia tak hairan dengn gajet gajet canggih seperti tab, handphone atau camera. Tetapi apa yang dia hairankan ialah perisian yang ada di dalam gajet tersebut.

Untuk itu aku dan isteri hanya hadkan perisian yang memberi ilmu kepada Mr Ray sahaja. Contohnya di usia hampir 2 tahun ini, Mr Ray sudah semakin aktif untuk ‘explore’ benda disekelilingnya. Kebanyakkan perisian yang aku dan isteri install adalah permainan yang lebih kepada pendidikan dan yang merangsang pemikiran mereka.

 

20131115-014713.jpg

Tak salah kalau kita dedahkan anak anak kita dengan gajet dan internet kerana ianya akan membawa perubahan yang besar kepada mereka dari segi sistem pembelajaran. Kita sering memikirkan perkara perkara yang bersifat negatif jika anak anak bijak menggunakn internet.

Ada caranya untuk memantau mereka ini supaya mereka tidak terpesong atau menyalahgunakan internet dan gajet. Seperti kata Mr Sugata Mitra sewaktu beliau menyampaikan ceramah di World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 tempoh hari, ” jangan letak komputer/internet di bilik anak anda kerana itu adalah salah, tetapi letakkan ia di ruang terbuka seperti tuang tamu “.

Kanak kanak di India menggunakan medium komputer dan internet untuk mempelajari bahasa inggeris di negara mereka. Input yang mereka dapat melalui sistem pembelajaran ” Cloud Education ” tersebut membawa perubahan kepada kanak kanak disana.

Cuba berfikir di luar kotak untuk mendidik anak anda , gunakan medium internet sebagai cikgu rujukan mereka tetapi anda sebagai ibu bapa harus memantau aktiviti mereka. Ada hadnya juga untuk membiarkan mereka berseorangan.

Sedikit sebanyak perkongsian dariku..semoga dapat membantu

4,848 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. I’m not sure why but this blog is loading
    very slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end?
    I’ll check back later on and see if the problem still exists.
    very short stories Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..very short storiesMy Profile

  2. Sebenarnya kita tidak boleh elak dengan ledakkan teknologi yang berlaku kepada generasi Y. Lahir sahaja ke dunia sudah pun berlaku revolusi teknologi.

    Samalah berlaku kepada generasi kita dengan kelahiran laptop dan Windows. Mak pak kita guna mesin type writer dan zaman kita sudah mengunakan keyboard.

    Masalahnya cabaran zaman alaf baru ini adalah bagaimana kita menilai informasi yang diterima samada baik dan buruk. Informasi semuanya dihujung jari.

    Saya menerima perubahana tetapi perlu bijak dan matang menilai baik buruk.
    akubiomed Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Adventure air terjun Santuari ikan Sungai ChilingMy Profile

  3. Tapi bagaimana dengan tulang belakang mereka?

    MB tentu ada terbaca artikel shared kat FB kan tentang kanak2 kecil yang kerap dengan gajet akan memberi kesan kepada tulang mereka…

    apa komen MB?
    Kikie Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..ARE YOUTHS READY TO LEAD?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam