Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Jarang sekali MB update artikel pasal makanan. Tapi kalau nak ikutkan MB ni memang seorang yang kuat makan. Maklumlah metabolisme badan kuat selalu sahaja lapar.

Isnin lepas nak dijadikan cerita, waktu itu kami sekeluarga hendak makan di luar kerana isteri nak belanja makah, alhamdulillah rezeki. Jadi si isteri yang buat keputusan nak makan di mana. MB ikut je dia sebab dia bab-bab makan ni memang dia handal.

Wan Telur Berlada
Wan Tel0r Berlada

Destinasi kami pada hari tersebut ialah ke Kampung Kuantan, Klang di Gerai Wan Telor Berlada. Mesti ada yang pernah makan disini. MB pun pernah dengar tempat ini,tapi belum berkesempatan nak ke sana, jadi sampai juga ke destinasi tersebut. Seperti biasa isteri MB yang akan buat pesanan makanan, kami memesan Telor Berlada Istimewa, Telor Berlada Campur, Ayam Goreng Tepung dan Nasi Putih. Dekat sini terkenal dengan masakan telur berlada sebab itu dinamakan Wan Telor Berlada.

Wan Telur Berlada
3 Menu Istimewa
Telor Berlada Istimewa
Telor Berlada Istimewa
Telor Berlada Campur
Telor Berlada Campur
Wan Telur Berlada
Ayam Goreng Tepung

Masakannya memang sedap sampai licin pinggan MB makan. Telor Berlada yang cukup sedap dan Ayam Goreng Tepung yang ranggup memang sesuailah menu kami pada hari tersebut.

Harga tidak begitu mahal, 4 minuman + Telor Berlada Istimewa + Telor Berlada Campur + Ayam Goreng Tepung + Nasi Putih 4 = RM 20.50. Murah bukan? Bagi MB harganya memang berpatutan dan bagi mereka yang nak cuba masakan Telur Berlada ni bolehlah datang ke sini.

Berdekatan dengan Royal Club Klang, New Colombo Restaurant dan SJK(C) Taman Rashna. Bersebelahan dengan Masjid Kampung Kuantan, memang senang nak cari lokasinya.

11,110 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam