Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sedang baca akhbar Metro online.. Ternampak satu tajuk yang agak menarik perhatian juga, iaitu Wanita RM 2 Juta.. Mahal betul harga wanita tersebut.. RM 2 Juta tu..
Bila membaca perenggan demi perenggan, rupanya wanita tersebut ialah seorang guru.. Nilai 2 Juta tersebut ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh beliau dengan Along..
Keratan Akhbar Metro
Kenapa banyak sangat dia pinjam kan? Sampai 2 Juta… Al-kisahnya wanita tersebut meminjam dari Along atau ceti haram bukan untuk dirinya.. Tetapi untuk rakan-rakannya.. Dia ingin menolong raka-rakannya yang dalam kesempitan.. Hampir 102 rakan yang dia telah bantu hasil dengan duit ceti haram yang dipinjam.. Ish..Ish..Ish…Niatnya memang murni tetapi sanggup meminjam Along untuk membantu rakannya..
Dan kini dia menanggung hutang hampir 2 Juta…Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya…
Sekarang hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen…
Masni (kiri) menceritakan masalah kepada selepas terjerat hutang along.

Hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, dia sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan…
Sayang, niat baik dia telah memakan diri sendiri.. Akhirnya diri sendiri terjerat dengan hutang Along.. Bukan tak boleh bantu tapi harus berpada-pada… Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua….

2,445 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam