Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Weekend macam ini, rutin harian kami sekeluarga sudah pasti melawat pusat membeli belah.. Hehehe.. Itu memang sudah wajib.. Walaupun kadang-kadang tiada tujuan untuk membeli belah.. Sekadar jalan-jalan menghabiskan masa bersama…

Minggu ini MB sekeluarga melawat pusat membeli belah yang terbaru di Shah Alam iaitu Setia City Mall.. Tidak susah nak mencari tempat ini.. Betul-betul di Setia Alam.. Pusat membeli belah ini memang besar.. Tak larat kami nak berjalan semuanya..

Jom MB bawa anda semua meninjau pusat beli belah ini…

Gambaran dari luar mall

Berdekatan dengan Setia City Convention Centre


Untuk makluman semua parking di sini tidak perlu risau.. Ruang Parking cukup luas.. Dan harga sekali masuk pada weekend ialah RM 3.00. Jika hari biasa 3 Jam pertama adalah percuma..



Sekitar pemandangan di dalam Setia City Mall…


Dalam nak berjalan-jalan tu sempat juga MB rembat kasut ni.. Bukan apa, tengah ada sale jadi bukan senang nak dapat harga murah.. Terima kasih pada isteri kerana menghadiahkan.. hehehe

Antara butik-butik yang patut dilawat ialah :

Butik KIDS


Butik Mothercare
Ini memang MB akan singgahlah.. Usha-usha baju atau peralatan Mr Ray..
   
Seterusnya MB nak bawa anda semua ke tempat special.. Tapi tempat ini tidak ada di semua pusat membeli belah.. Sesetengah tempat sahaja yang ada menyediakannya…
Bilil Persalinan Bayi

Yang ini sangat penting bagi MB.. Bukan MB sahaja malah orang lain yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil.. Penting kenapa.. Mestilah sebab kalau anda hendak tukar pampers anak anda atau apa sahaja yang berkaitan anak anda dan ruang.. Inilah tempat yang perlu ada dalam setiap pusat membeli belah…




Jom kita jalan-jalan lagi kat dalam Setia City Mall ini..
Antara kedai yang MB singgah semasa disini ialah Early Learning Centre.. Kat dalam kedai ini bermacam-macam permainan untuk anak anda ada.. Tapi khusus dalam sistem pembelajaran anak-anak..




Tempat seterusnya ini, MB na puji kerana tempat yang MB nak tunjukkan ini memang “Awesome“… kenapa MB cakap begitu.. Jom tinjau dulu..





Macam mana.. Tau kan tempat apa ini… Inilah “Nappy Room“.. Tempat untuk ibu-ibu nak menyusukan anak ke.. Bancuh susu anak ke.. Tidokan anak ke.. Inilah tempatnya.. Besar dan selesa bukan.. Lengkap dengan peralatan…. Memang selesa sungguh.. Rasa nak duduk dalam tu je…
Tidak lama pun MB disini.. sekitar dalam 4 jam… Lepas tu terasa penat..
Lokasi Setia City Mall

Kalau ada rakan-rakan yang hendak pergi ke Setia City Mall ini silakan.. Pasti menarik disini.. Lokasi juga  yang mudah.. Tidak sesak.. 

Kepada parents yang ingin membeli barang-barang anak anda boleh datang ke sini.. Kerana terdapat banyak butik yang menjual keperluan anak anda…










10,911 total views, 10 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. nappy room tu kat mana ye? selalu pergi yang baby room tu aja hehehe tatau pun ada nappy room yg selesa n cantik cmtu kat scm padahal bole kata every 2 weeks mesti pegi sebab suka sangat shopping kat situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam