Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari Isnin kembali lagi. Rasa sekejap sangat cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Pejam celik dah hari Isnin. Kenapa masyarakat, bila munculnya hari Isnin mereka seperti tiada “mood” untuk datang bekerja?

Sudah jadi tabiat segelintir masyarakat bahawa hari Isnin merupakan hari yang malas untuk datang bekerja ataupun sudah di “mindset” kan hari Isnin memang hari rasa malas bekerja.

Tidak dinafikan perkara ini memang dapat dilihat di setiap lapisan masyarakat. Malah MB sendiri pun memang rasa malas sangat untuk bangun pagi untuk pergi ke pejabat. Mungkin sudah terbiasa dengan keadaan  ini.

Tapi harus diingat hari Isnin ada kelebihannya, malah setiap hari ada kelebihan harinya.

Kelebihan hari Isnin ialah :

1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan “Qul huwallahu ahad”

Sungguh besar peristiwa yang berlaku pada hari Isnin yang mungkin ada diantara kita tidak tahu. Jadi amatlah baik jika kita menghormati hari Isnin lebih-lebih lagi Nabi junjungan kita umat islam dilahirkan dan wafat pada hari Isnin.

Monolog : Macam manalah nak buang “mindset” Monday Blues ini..hehe…

4,336 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam