Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

8 Mac 2014 , dunia akan menyaksikan satu perhimpunan besar blogger yang akan berlangsung di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Perhimpunan yang diadakan setiap tahun anjuran Denaihati Network bermula pada tahun 2012 lagi. 13 Sebab kenapa anda harus pergi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014.

Pelbagai Produk Pilhan Yeo's
Pelbagai Produk Pilhan Yeo’s

Tahun ini kemungkinan perhimpunan yang paling meriah dan terhebat kerana penuh dengan cerita cerita menarik dari rakan rakan blogger yang menyertai program ini. Tahun ini program SBB2014 telah ditaja oleh penaja utama iaitu pihak Yeo’s Malaysia yang berbesar hati ingin menaja program hebat ini. Merupakan kali pertama pihak Yeo’s berkerjasama dengan Denaihati Network.Terima kasih kepada pihak Yeo’s kerana mempercayai Denaihati Network.

Satu contest telah pun diadakan oleh pihak Yeo’s Malaysia sempena Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014. Hadiah yang ditawarkan pun sangat menarik antaranya :

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

  • Hadiah tempat pertama: Samsung Note 3, 3 cartons Yeo’s PET product dan artikel dimasukkan dalam buku Denaihati kategori Gaya Hidup Sihat.
  • Hadiah tempat kedua: iPad Mini & 3 cartons Yeo’s PET product
  • Hadiah tempat ketiga: Lenovo A850 Black & 3 cartons Yeo’s PET product

 

mr ray yeos
Mr Ray cukup gemar dengan Yeo’s Soya

Yeo’s Pilihanku, daripada tagline tersebut dapat dirungkaikan bahawa kami sekeluarga memang penggemar minuman Yeo’s tidak kira pelbagai produk Yeo’s yang ada bukan hanya setakat produk minuman.

Aku paling gemar air kotak Yeo’s perisa Soya kerana minuman tersebut dapat menghilangkan kehausan dan cepat mengenyangkan. Malah pada bulan Ramadhan pun aku akan Air Kotak Soya Yeo’s dan Air Tin Cincau Yeo’s untuk dicampurkan, kerana ianya sungguh nikmat bila cincau dicampurkan dengan soya.

contest yeo's sepetang bersama blogger 2014
Pilihan Semulajaadiku Yeo’s Soya

Malah sewaktu isteriku sedang hamil pun, kami menggunakan produk minuman Yeo’s juga. Antara air yang menjadi pilihan isteriku ialah Soya dan Laici. Perlu diingat, soya banyak khasiatnya untuk ibu hamil.

Sebagai blogger apatah lagi, dikala menghadap laptop sambil membuat kerja, timbul rasa dahaga, Yeo’s berperisa Soya juga menjadi pilihanku kerana ianya memberikan tenaga dan kesegaran pada tubuh badan.

contest Yeo's sepetang Bersama Blogger 2014
Sambil menghadap laptop sambil minum Air Soya Yeo’s

 

yeos rakan rakan
Rakan Rakanku juga penggemar minuman Yeo’s

Banyak khasiatnya air soya ini, antaranya ialah Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebaga makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

  • Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon.

Selalunya aku dan isteri akan membeli air kotak Yeo’s berperisa soya sebanyak 1 katon setiap hujung bulan. Kerana kami menyedari yang kami memang ‘ketagih‘ dengan Air Kotak Yeo’s berperisa Soya.Sebenarnya ada juga perisa lain kami beli tetapi perisa soya memang wajib kami akan beli untuk minuman bersama keluarga. Bukan tiada jenama lain, tetapi jenama Yeo’s ini sudah seperti melekat dihati kami sekeluarga.

contest yeo's sepetang bersama blogger 2014
Yeo’s Pilihan Semulajadiku dan Keluarga

Sedikit Info Tentang Yeo’s

  • Yeo’s shortform for Yeo Hiap Seng dan pengasasnya ialah Yeo Keng Lian di Zhangzhou China.
  • Kilang Yeo Hiap Seng Sauce dibuka dengan modal $150.00 di Singapore
  • Pada tahun 1959, Yeo Hiap Seng membuka kilang di Petaling Jaya, Selangor
  • 1975, Yeo Hiap Seng (Malaysia) disenaraikan di Bursa Saham Kula Lumpur
  • 1995, Yeo’s menukar logo mereka sempena berkembangnya perniagaan mereka

Dan banyak lagi pencapaian mereka yang anda boleh lihat DISINI.

Diharapkan Yeo’s Malaysia sentiasa inovatif dalam mengeluarkan produk produk yang dapat menambat hati rakyat
Malaysia.

Segala maklumat tentang Yeo’s Malaysia anda boleh layari :

https://www.facebook.com/YeosMalaysia
https://twitter.com/YeosMalaysia
https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
http://instagram.com/yeosmalaysia
http://www.youtube.com/yeosmsia

7,308 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam