Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Mungkin kah Mr Ray akan menjadi perenang malaysia? Mungkin ya atau tidak. Sejak Mr Ray dapat pool dia sendiri ni, tiap tiap hujung minggu mesti dia akan habiskan masa terluang beliau dengan berlatih menjadi perenang akuatik.

20130909-093516.jpg

Bertemankan itik itik beliau, dan di pantau oleh isteri MB dan MB, keselamatan beliau harus dijaga dan ibu bapa harus memastikan anak mereka yang mandi di dalam kolam berada dalam keadaan selamat. Bukan apa, dikhuatiri nanti anak anak lemas di dalam kolam.

Kalau boleh jangan tinggalkan anak anda sendirian di dalam kolam kerana berbahaya, apa apa kecelakaan boleh berlaku.

Pastikan ada yang menemani anak anda yang sedang mandi di dalam kolam untuk keselamatan bersama. Kemudian pastikan air di dalam kolam tidak terlalu penuh, kalau boleh biarlah di bawah paras yang bersesuaian dengn ketinggian mereka. Kit tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku. Jangan letakkan sabun atau bahan bahan yang licin di dalam kolam, kerana berbahaya pada anak anda dikhuatiri tergelincir nanti.

Ingat malang tidak berbau, kita haruslah berjaga jaga sebelum ianya terjadi. Keselamatan anak anak di tangan kita sebagai ibu bapa, mereka perlukan pengawasan yang rapi.

2,657 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Air pun jangan terlalu penuh..cukup untuk bagi dia basah dan sepadan ngan umur dh la…kadang2 tgok anak2 jiran mandi manda depan rumah tanpa pengawasan..ibu kat dalam bapa plak xde..hurm…dah macam2 terjadi kan…tp masih ada segelintir yang x alert…
    suriaamanda Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Lunch Semalam..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam