Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Siapa yang melanyak tu? Kenapa dilanyak? Hehehe…

Ini semua gara gara Mr Ray yang setiap hari akan cuba melanyak Umminya. Pantang nampak Umminya baring pasti dia akan turut menyibuk dan menyendeng kat Umminya.

Kalau nampak MB baring sebelah Ummi pun dia mesti turut menyibuk kalau boleh nak baring ditengah tengah antara kami berdua. Kalau tak bagi mulalah dia menangis, meragamlah merajuklah.

Kadang kadang rasa nak gelak pun ada bila tengok gelagat dia.

Dilanyak perut Umminya atau baring di atas perut Umminya, jadi MB dan isteri akan cuba elakkan perkara tersebut terjadi. Bukan apa, dalam keadaan isteri yang sedang hamil, pelbagai perkara kita perlu titik beratkan untuk keselamatan kandungan.

Kalau boleh elakkan anak kecil lanyak perut anda atau menepuk nepuk perut anda jika sedang hamil.

5,266 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam