Klinik Pediatrik Adeq,Klinik Pakar Kanak Kanak, pusat rawatan kanak kanak, pakar kanak kanak di shah alam

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Malam semalam wife MB tak dapat tidur lena kerana Mr Ray mengalami demam. Suhu badan panas juga jadi kami letak cool fever dahulu di belakang badan Mr Ray. Selsema tu perkara biasa kalau dia demam, ditambah pula dengan muntah. Setiap kali menyusu atau minum air masak dia akan muntah.

MB pula kebetulan ada game Liverpool dan Arsenal tengah malam tadi, berjaga juga takut takut teruk demamnya. Terima kasih kepada isteri yang sanggup berjaga malam juga untuk jaga Mr Ray.

Klinik Pediatrik Adeq,Klinik Pakar Kanak Kanak, pusat rawatan kanak kanak, pakar kanak kanak di shah alam
Klinik Pediatrik Adeq terletak di Seksyen 9 Shah Alam

Jadi pagi ini, kami membawa Mr Ray ke Klinik Pakar Kanak Kanak Adeq di seksyen 9 Shah Alam. Berhampiran dengan plaza masalam dan restoran zam zam. Dah memang kebiasaan kami akan membawa dia ke Klinik Adeq ini kerana kliniknya selesa, doktor yang baik dan alhamdulillah klinik ini bercirikan islamik juga. Setiap kali masuk ke bilik rawatan doktor akan kedengaran bacaan suci ayat Al-Quran.

Klinik Pediatrik  Adeq, Klinik Pakar Kanak Kanak Shah Alam,
Disediakan juga ruang untuk kanak kanak bermain sementara menunggu doktor

Hari ini kami keluarga yang kedua mendaftar tetapi ada kes yang kurang sopan semasa mendaftar. MB orang yang kedua sampai di depan klinik selepas seorang wanita. Kemudian ada seorang Insan A sampai selepas MB. Dimana sebaik sahaja pintu klinik dibuka Insan A terus melulu ke kaunter pendaftaran dan duduk. Lalu kerani bertanya ‘ Encik no berapa? ‘, Insan A menjawab orang pertama. Selamba je dia petik kata no 1, walhal MB dan wanita tadi datang sebelum dia. Kerani klinik ┬ácakap, ‘eh bukan, kakak tu dulu datang dari abang‘, lalu Insan A malu dan terus bangun berdiri di tepi. Hehehehe.. Cubalah bersikap pro dan sopan sedikit, jangan tahu nak langgar je. Orang lain pun beratur juga nak ambil giliran.

Klinik Pediatrik Adeq, Klinik Pakar Kanak Kanak,
Dalam bilik doktor pun mainan juga yang dia cari

Jumpa doktor biasalah, Mr Ray akan terpukau dengan permainan di dalam bilik doktor, sambil doktor merawat dia. Kata doktor Mr Ray nak kena cirit birit ni itu sebab dia demam, muntah dan perut tak selesa. Nasihat doktor kalau bagi susu tu bagi dalam kuantiti sedikit sahaja takut dia muntah kembali begitu juga dengan ubat. Alhamdulillah harap Mr Ray sihat dan tidak ada yang serius.

12,120 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam