Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Tidur yang tak berapa lena malam tadi.. Asik merengek saja dia.. Badan pun panas.. Tidur terganggu..Kesian Mr Ray.. Demam Selsema agaknya.. Perkara biasa yang berlaku dan telah MB lalui..
Kalau Mr Ray tidak sihat, memang tidurnya akan terganggu dan tidak lenalah jawabnya.. Ditambah pula dengan hidungnya yang selsema.. Sedangkan kita yang dewasa ini pun tidak selesa bila hingus meleleh inikan pula si kecil..

Apa kaitan Dia ni dengan Mr Ray?

Kerap juga Mr Ray kena selsema sebenarnya.. Mungkinkah antibodinya tidak kuat ataupun ia perkara biasa bagi kanak-kanak terkena selsema.. Ataupun Mr Ray mengikuti diri MB yang mudah kena selsema.. Akan MB cari jawapannya nanti.. Kesihatan anak amat penting..
Esok dah nak bercuti atau dalam kata lain Honeymoon.. Honeymoon pertama dalam tahun 2013.. Mujurlah hari Khamis memang cuti umum iaitu sempenan Maulidur Rasul.. MB hanya perlu ambil cuti pada hari Jumaat sahaja itupun separuh hari.. Kerana pejabat MB memang hari Jumaat berkerja separuh hari.. Jimat cuti MB kiranya..
Harap Mr Ray sihat dan gembira dengan percutian esok..
Doakan semoga perjalan MB dan keluarga esok selamat.. Selamat pergi dan pulang.. Jadi nantikan entri honeymoon kami…

2,755 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam