Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Majlis Kesyukuran
Sempena Hari Lahir Mr Ray pada 21 Disember 2012 yang lalu, Alhamdullillah MB telah mengadakan satu Majlis untuk Mr Ray.. Majlis Kesyukuran & Ulangtahun Pertama Mior Rayhan Rifqi pada 25 Disember 2012.. Juga untuk meraikan Ulangtahun Perkahwinan Ibu Bapa MB yang jatuh pada 25 Disember… Juga Ulangtahun Perkahwinan Mertua MB yang jatuh 25hb juga… Kebetulan kan…
Sebenarnya hajat hati nak buat majlis ini pada 21 Disember juga tetapi atas beberapa faktor yang telah diambil kira, MB terpaksa tangguhkan kepada 25 Disember.. Kebetulan waktu itu cuti umum..
Majlis ini lebih kepada Majlis Kesyukuran untuk anakanda MB sempena genapnya setahun umur beliau.. Di dalam aturcara terdapat Bacaan Yassin  selepas solat Maghrib.. Memang diinginkan seperti begitu.. Ada bacaan Yassin dan diiringi doa.. Sebab itulah kami sekeluarga inginkan Majlis Kesyukuran… Kemudian barulah diikuti majlis memotong kek birthday boy..
Majlis ini merupakan majlis tertutup.. MB hanya buat kecil-kecilan sahaja.. Sederhana kata orang.. Hanya jemput jiran tetangga yang terdekat dan juga kenalan rapat.. Ada juga rakan blogger yang MB jemput.. Juga kehadiran keluarga isteri…
Persiapan telah dilakukan 2-3 hari sebelum majlis.. Ini bagi mengelakkan berlakunya situasi kelam kabut pada hari berlangsungnya majlis nanti…
Gambar sekitar majlis :

Backdrop sendiri – Hasil tangan Isteri dan MB


Majlis Bacaan Yassin

Bacaan Yassin oleh jiran-jiran tetangga.. Semuanya kaum Hawa.. Mereka semua merupakan kenalan ibu MB.. Dan mereka juga mempunyai kumpulan sendiri..

Sedang menunggu jemaah yang lain

Bacaan Yassin bermula
Sesi Makan & Memotong Kek
Selepas selesai majlis bacaan Yassin dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan sesi menjamu juadah dan memotong kek.. Acara yang ditunggu-tunggu.. Kek yang ditempah khas dari Kuala Selangor.. Jauh tu..
Kek istimewa buat Mr Ray
Kung Fu Panda & Mr Ray
Makcik-makcik menjamu selera

Keluarga MB – Happy Family
Sesi memotong kek Mr Ray
Kek Ulangtahun Perkahwinan
Ibu-Bapa MB

Tetamu Yang Hadir


Seperti yang MB beritahu, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang dijemput.. Kenalan rapat.. Dan juga jiran tetangga…
Rakan sepejabat Isteri
Kawan Mr Ray dan Ayahnya
Ziyad – Anak kepada rakan baik MB
Adam – Juga anak kepada
rakan MB dan Isteri

Anak buah MB – Riuh dibuatnya
Goodies Bag – Untuk kanak-kanak
Hias sendiri je..
Mr Ray dan Ummi
Hensem Boy
Hensem boy again..

Mr Ray menenung Keknya…

Mr Ray sedang berposing..

Gambar kenangan…

 Mr Ray & Hadiah

Terima kasih kepada rakan-rakan dan jiran tetangga yang memberikan hadiah kepada Mr Ray.. Alhamdulillah, syukur..

Hadiah sempena ulangtahun Mr Ray
Sesi membuka hadiah oleh Mr Ray – Excited

Dan terus membuka…

MB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang telah hadir pada majlis ini.. Terima kasih juga kepada makcik-makcik yang datang untuk sama-sama dalam bacaan Yassin..
Walaupun bukan majlis yang besar, tetapi syukur kerana ia tetap meriah dan berjalan dengn lancar.. Amin…

7,121 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam