Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Seperti yang MB war-warkan di blog ini.. Ulangtahun Mr Ray telah pun berlalu iaitu pada 21 Disember 2012 pada hari Jumaat lalu.. Syukur kerana sudah genap setahun anakanda MB ini..
Seperti yang telah MB janjikan kepada Mr Ray dan Umminya, MB telah membawa mereka ke Secret Recipe SACC Mall untuk meraikan ulangtahun Mr Ray setahun.. Itu pun nasib baik sempat MB balik rumah kerana pada hari Jumaat tersebut MB banyak kerja di pejabat ada laporan yang kena siapkan.. Sampai rumah sekitar jam 9 malam..
Apa lagi, kelam kabut capai tuala dan terus pergi mandi.. Bersiap-siap untuk menunaikan janji MB pada mereka berdua..
Ini merupakan sambutan mini sahaja.. Tak sambut besar-besar pun.. Sekadar yang mampu dan yang penting  ada kenangan manis kami sekeluarga.. 
Gambar sekitar sambutan ulangtahun Mr Ray di Secret Recipe SACC Mall…
Sebatang je lilin.. ?
Mana datang api ni pulak
Fuh!~ Padam la dikau..

Mini Kek Birthday Boy

Fruity Cake
Birthday Boy tak sabar nak mamam..
Untuk menu dinner, kami tak pesan banyak pun.. Bukan nak makan sangat pun.. Hanya nak meraikan Mr Ray sahaja.. Jadi apa yang kami pesan ialah Chicken Parmigiana dan Chicken Satay.. Air pula kami memesan Root Beer Float.. Pesan banyak pun rugi sebab kami bukannya kuat makan.. Hehehehe… Kadang-kadang berkongsi makan.. Lebih romantik..
Chicken Parmigiana
Chicken Satay
Apahal pulak Mr Ray ni..
Comot benor birthday boy
Apa yang ditenung tu…
Anak Bapak sama-sama hensem
Tu dia…. Makan macam tu je…
Hebat birthday boy..
Ummi dan birthday boy – Ummi yang lebih…Huh!
BIRTHDAY BOY – MIOR RAYHAN RIFQI – 1 TAHUN

2,658 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam