Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Sebagai ibu-bapa pasti kita akan rasa sedih, sebak, risau, takut, bimbang dan macam-macam lagilah bila anak kita jatuh sakit kan. Semua perasaan tu tidak akan lari dari diri kita termasuklah MB. MB dah merasa semua perasaan itu 2 minggu lepas dimana anak kesayangan MB, Mr Ray jatuh sakit. Masya Allah. Betapa risaunya hati ini bila mengalami keadaan seperti itu.
MB nak kongsikan sedikit pengalaman bila anak jatuh sakit dan ditahan wad sebenarnya. Maklumlah buat pertama kalinya menghadapi situasi begini, kelam kabut juga rasanya. Untuk makluman semua, rentetan kejadian bermula pada beberapa minggu lepas dimana Mr Ray mengalami demam, selsema, dan batuk hampir seminggu. Seperti biasa, MB akan rujuk Mr Ray ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Adeq dan Meghana. Tetapi waktu itu  MB hanya pergi ke klinik kanak-kanak dan keluarga sahaja untuk dapatkan rawatan.
Pertama, MB ke Klinik Dr Rosli di Shah Alam kerana dekat klinik ini biasa merawat kanak-kanak. Doktor yang merawat Mr Ray mengatakan tidak ada apa-apa yang serius cuma ada bunyi di paru-paru Mr Ray, mungkin sebab kahak ataupun saluran pernafasan sempit. Lalu Doktor mengarahkan Mr Ray mengambil Nebulizer untuk mencairkan kahaknya. Bab ambil Nebulizer ni memang payah sedikit bagi Mr Ray sebab dia memang tidak suka keadaan ini. Bila kena Neb habis meronta-ronta dan menjerit dalam bilik itu. Selesai rawatan pertama.
Keadaan Mr Ray semasa jatuh sakit
Masuk hari yang 3 selepas mendapatkan rawatan tersebut, demam Mr Ray berkurang tetapi selsema dan batuk masih begitu. MB dan isteri membuat keputusan untuk membawa Mr Ray ke Klinik Pakar Kanak Kanak Meghana di TTDI Shah Alam. Habis Doktor periksa Mr Ray, kena ambil Neb juga untuk hilangkan kahak. Doktor kata untuk hilangkan infection atau batuk, kena bermula dari bawah dahulu iaitu bermaksud dari perut kemudian baru naik ke atas. Ambil ubat dan pulang.
Semasa kena Nebulizer
Masuk seminggu, keadaan Mr Ray bertambah teruk. Batuknya yang makin teruk dan kerap. Buat MB dan isteri risau, lalu kami bawa Mr Ray ke KPJ Selangor untuk rawatan yang lebih efisyen. Sampai ke KPJ, daftar dulu di bahagian Klinik Pakar dan kami berjumpa dengan Dr Zaini seorang Paed dan pakar dalam penyakit jangkitan kuman. Tunggu giliran tidak begitu lama. Bila Dr Zaini periksa keadaan Mr Ray, sama seperti apa yang Doktor sebelum ini katakan, ada bunyi di ruang pernafasan Mr Ray, beliau mengatakan Mr Ray harus mengambil Nebulizer yang kerap iaitu 4 jam sekali. 
Hari pertama kena admit
Ini kerana kahak yang terlalu banyak dalam paru-paru Mr Ray membuatkan jangkitan tersebut. Jika rawatan Neb tidak berjaya, kemungkinan kena sedut kahak la jawabnya menggunakan tiub. Dr Zaini bertanya samada mahu masuk wad atau tidak. Kami mengambil keputusan untuk tinggal di wad sebab semuanya dijaga. Kalau di rumah agak penat untuk berulang alik dan kos perubatan kena tanggung sendiri berbanding tinggal di wad dimana pihak insurans yang bertanggungjawab dalam bil hospital.
Selepas kena Neb, terus kami dibawa ke wad. Kemudian Mr Ray perlu menjalani ujian X-Ray untuk memastikan keadaan paru-parunya. Pertama kali juga melihat anak kecil kena X Ray. Selesai ujian, bawa Mr Ray ke wad semula menunggu keputusan ujian X Ray tadi. Waktu petang rasanya Doktor Zaini naik ke wad dan menunjukkan keputusan ujian tersebut, bila ditunjukkan ujian tersebut, ruang paru-paru Mr Ray penuh dengan warna putih. Dr Zaini beritahu ianya menunjukkan ada jangkitan kuman di paru-paru ataupun Bronkhitis. Masya Allah, terkedu bila melihat X Ray tersebut dan mendengar penjelasan Dr Zaini. Doktor menyarankan agar meneruskan rawatan Nebulizer dan memberikan Antibiotik.
Sebenarnya MB dan isteri tidak mahu memberi Mr Ray antibiotik, sebab ada keburukannya. Boleh lihat entri lepas dimana penerangan Antibiotik dan Prebiotik DISINI. Lebih baik memberi Prebiotik. Tapi kami ikutkan sahaja kata Doktor. Sebab memikirkan tahap kesihatan Mr Ray. Ubat-ubatan yang diberikan pada Mr Ray ialah Antiobitik, Ubat cirit, ubat demam dan kena masuk air juga di tangan. Bayangkanlah kanak-kanak kena cucuk jarum di tangan, sakitnya macam mana? Itu belum lagi kena sedut kahak guna tiub, Masya Allah tak dapat MB bayangkan sakitnya. Cabaran yang palin MB ingat sehingga kini ialah bila nak bagi Neb pada Mr Ray 4 jam sekali. Ya Allah bila tengok keadaan dia yang menjerit-jerit, menangis, meronta-ronta rasa tak sanggup nak beri Neb tersebut. Tetapi kena bagi juga walau apa cara sekalipun.
Inilah keadaan  Mr Ray di wad KPJ
Selama 4 hari Mr Ray ditahan di wad dan selama 4 hari jugalah kami ibu bapa tidak lepas dari rasa takut, bimbang dan sedih atas apa yang menimpa anak kami. Malah menitik air mata jantan ini bila menghadapi situasi begini. Ibu Bapa mana yang tidak sedih bila anaknya jatuh sakitkan. Alhamdulillah Mr Ray dibenarkan pulang pada hari ke 4 kerana tahap kesihatan yang baik dan sudah pulih sedikit. Batuk dan selsema pun sudah berkurangan. Bil rawatan untuk 4 hari di KPJ tak silap saya ialah dalam RM3500 rasanya tetapi saya kena bayar RM380 kerana ada benda yang insurans saya tidak cover. Terima kasih pada Dr Zaini dan jururawat yang merawat Mr Ray tempoh hari. Syukur Alhamdulillah.

Selepas ini kena buat pemantauan aktiviti Mr Ray , jangan bagi dia kutip benda-benda yang kotor macam barang permainan. Kadang-kadang ada kuman tersembunyi kat barang tersebut yang kita tidak nampak,bila anak masukkan dalam mulut, kuman tersebut juga turut masuk kedalam mulut. Kipas juga kena jauhkan dari muka anak kalau boleh gunakan penghawa dingin. Kipas boleh buat anak lemas ditambah habuk pada bahagian kipas yang berterbangan. Elakkan mandikan anak diwaktu cuaca sejuk dan elakkan juga selalu membasuh kepala mereka dengan air jika cuaca sejuk. Dan jangan mandikan anak anda pada waktu malam, cukup sekadar bilas badan mereka dengan air sedikit.

Penerangan Bronkitis

Bronkitis adalah peradangan pada selaput lendir bronkus, saluran udara yang membawa aliran udara dari trakea ke dalam paru-paru. Bronkitis dapat diklasifikasikan ke dalam dua kategori, akut dan kronis, masing-masing memiliki etiologi yang unik, patologi, dan terapi. 

Bronkitis akut ditandai oleh perkembangan batuk, dengan atau tanpa produksi sputum, lendir yang ekspektorasi (batuk) dari saluran pernapasan. Bronkitis akut sering terjadi selama penyakit virus akut seperti pilek atau influenza. Virus menyebabkan sekitar 90% kasus bronkitis akut sementara bakteri mencapai kurang dari 10%.

NOTA LASTIK : Perlu diingatkan juga, Jangkitan Kuman atau bronkitis boleh membawa maut kepada bayi anda jika tidak diberi rawatan segera…

11,607 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. owh patut la dipanggil mr. ray..
    jarang singgah blog MB,kalau tak jumpa semalam tak tau anaknya dipanggil Ray.
    tapi semalam dia nampak happening.

  2. Biasanya bronkitis juga disebabkan akan faktor alergi akan sesuatu, sehingga bila alergen ada maka bronkitis akan bisa berjangkit lagi.
    Alhamdulillah sudah sembuh, memang ketika anak kita sedang sakit, tentunya pikiran orang tua selalu was-was dan khawatir.
    Semoga selalu sehat Mr.Ray…aamiin

  3. Ya Allah
    Kesiannya

    Bersyukur sebab MB bertindak pantas
    Saya doakan Mr Ray makin sihat

    Ibu bapa pun jangan lupa jaga kesihatan
    Nanti ibu bapa terabai, takde yang nak jaga anak2

    Take care

  4. Pernah rasa anak masuk wad sebab jangkitan kuman pada kaki,seminggu jugak lah.Sgt paham perasaan MB tu.Yang penting kita sentiasa berusaha dan banyak2 doa.

  5. Assalamualaikum MB….kesian nyer Mr.Ray…semoga cepat sembuh yer…mama pun kat sini kurang sihat saja dtg jengah nak tahu kesihatan mr.ray….

  6. kalau boleh janganlah selepas ini, lepas ni kalau musim sejuk or hujan bila nak mandikan mr ray biarlah guna air yang agak warm sebab paru2 ni sensitip dengan sejuk2, kalau guna kipas jangan focus kat dia, kena bagi pusing, kalau guna air cond pastikan mr ray dibalut dengan baju yang cukup tebal dengan suhu badan… dia masih terlalu kecil untuk penyakit sebegini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam