Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

25 September…Jam menunjukkan pukul 3.50pm..MB sedang berbual dengan rakan sekerja , membincangkan topik temuduga fire officer di Malaysian Airport. Sedang berbual, isteriku menghantar mesej supaya MB menghubungi ibu MB untuk bertanyakan keadaan Mr.Ray, kerana  pada malam sebelumnya Mr.Ray tidak sihat dia muntah-muntah.

Ibu MB beritahu yang Mr.Ray masih lagi muntah dan diikuti cirit birit dan tidak mahu tidur. Apalagi kerna dek risaukan kesihatan Mr.Ray, MB memberitahu rakan sekerja untuk pulang awal untuk membawa Mr.Ray berjumpa dengan PAED.

Sampai di rumah MB terus bersiap dan membawa Mr.Ray ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana di TTDI Jaya Shah Alam. Ikutkan MB nak bawa Mr.Ray ke Klinik Adeq di seksyen 9 Shah Alam sebab sebelum ini Mr.Ray dirujuk disana, tetapi Klinik Adeq tutup awal pada pukul 4.30pm.

Mr.Ray takde mood

Sampai di klinik terus buat pendaftaran. Syukur alhamdulillah sebab tak perlu tunggu lama kerana selalunya kalau di klinik PAED ni ramai orang, mungkin waktu MB pergi tu waktu habis pejabat orang masih dalam perjalanan pulang.

Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana
Terus bawa Mr.Ray masuk jumpa PAED. Paednya seorang Doktor yang berbangsa india, tapi yang seronoknya Dr. ni peramah. Masuk je dalam bilik konsultasi penuh dengan mainan sehinggakan atas meja Dr. rambang mata la Mr.Ray. Macam biasa Dr. tanya apa masalah, jadi isteri MB terangkan pada Dr.
Dr. memeriksa ketinggian Mr.Ray

Dr. melakukan pelbagai pemeriksaan pada Mr.Ray, dari pernafasan, tekak, pemeriksaan abdomen, suhu badan dan tumbesaran Mr.Ray. Mujur Mr.Ray diam dan tak buat perangai. Keputusannya ialah Mr.Ray tidak apa-apa, cuma kemungkinan dia dijangkiti virus di usus, mungkin akibat dari permainan di rumah atau persekitaran yang ada kuman, dan berjangkit dengan sentuhan atau Mr.Ray masukkan ke dalam mulut. Dari segi lain Mr.Ray ok dan aktif. Dr.Meghana nasihatkan supaya memantau keadaan Mr.Ray 2-3 hari ini.

Banyak lagi nasihat yang Dr. Meghana berikan. Sampaikan tak ingat semuanya. Ok, selesai pemeriksaan dan khidmat nasihat, nak tunggu ambil ubat sahaja di kaunter. Sementara itu, Mr.Ray memulakan misinya iaitu bermain.

Ruang dalam Klinik
Mr.Ray tak nak balik

Ubat pun dah ambil, misi pulang ke rumah. Lega rasanya sakit yang Mr.Ray alami tidak serius, alhamdulillah semoga Mr.Ray cepat sembuh. Jumlah bil ialah RM53.00, murah juga.

Alamat Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana:

Klinik Pakar Kanak-Kanak Meghana
No 10, Jalan Opera A U2/A, 
Jayamas 2, TTDI Jaya, 
40150, Shah Alam.
Tel :012-279 8979
Clinic hours: Mon-Fri: 9am-1pm, 6pm-9pm
                             Sat  : 9am-1pm     
                             Sun : Close      
                            

5,730 total views, 12 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam