Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari kedua Mr Ray bangun pagi tanpa atuk dan opah.. Kebiasaannya Mr Ray akan bangun awal bila dia sedar Umminya mandi dan bersiap ke tempat kerja.

Kemudian MB akan tidurkan dia semula, rutin harian dia seperti itu akan bangun awal dan tidur semula.

Pagi ni MB enjut dalam buaian semula lebih kurang 15 minit, dan dia terus lena. Dalam hati ok, dah boleh buat kerja rumah sikit dan kerja blog.

Tak sampai 5 minit lepas dia lena, bunyi pula Paper Lama, Bateri Lama, TV Lama, Kow Kow Koci~~

Adeh…Kuat pula bunyinya.. Janganlah Mr Ray terjaga. Kalau terjaga alamat payah la nak buat kerja yang tertangguh. Beberapa kali berulangnya lagu tersebut Paper Lama, Bateri Lama, TV Lama, Kow Kow Koci~~

Alhamdulillah nasib baik Mr Ray tak terjaga. Boleh sambung buat kerjalah…..

2,982 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam