Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Tiada lain yang dapat menggembirakan hati ibu dan bapa apabila melihat perkembangan anak mereka. Dari menyusue, merangkak, melutut dan seterusnya berjalan itulah perkara yang paling menggembirakan hati ibu dan bapa.
Perkembangan terbaru Mr Ray ialah dia sekarang sudah boleh berjalan sedikit demi sedikit. Satu perkembagan yang amat baik dan sungguh seronok melihat dia aktif hendak berjalan setiap hari walaupun belum  sempurna lagi pergerakannya. Tidak kenal erti penat dia tetap juga belajar berjalan sehingga kami menyuruh dia berhenti,
Mr Ray lambat sikit berjalan mungkin kerana gigi dia tumbuh dahulu dari berjalan. Orang-orang terdahulu kata kalau gigi tumbuh dulu alamatnya lambatlah baby berjalan.
Kebetulan MB sempat merakam telatahnya semasa sedang belajar berjalan. Jom terjah! Maaf rakaman video amatur dari MB.

Amaran! Sesuai ditonton 18 tahun ke atas.


Nota Lastik : Babahnya dulu umur 9 bulan dah pandai berjalan…

3,882 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Orang kata dah dapat kaki , jenuh la mak ayah nak mengejar nanti. Kalau dah boleh potpet jenuh nak layan kerenah dengan bahasa German nya yang tak faham tu,thats the sweet moment kan actually.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam