Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Selalu kalau bosan kat rumah,  Mr Ray tidur sahaja. Kalau tak tidur, dia duk kacau MB atau opah dan atuknya. Maklumlah umur macam ni tengah lasak.

Kalau anda ingat, dia ni suka sangat dengan ikan dan ayam. Kalau pergi pasaraya beli barang dapur, janganlah lalu bahagian ikan atau ayam dulu, sebab mesti dia akan bising suruh pergi kawasan ikan dan ayam.

Selagi tak singgah dia mesti bising punya. Jadi dah kerana dia suka dengan ikan, MB pun belikan dia rakan barunya iaitu ikan laga. Ikan laga yang kecil tu, ada pelbagai warna dan ekornya kembang.

teman baru mr ray,ikan laga,cara penjagaan ikan laga
Kat sini je lah dia mengadap..

MB beli di pasar stadium shah alam, dengan harga lebih kurang RM7 siap dengan bekas sekali dan makanan. Tambahan, kalau nak tukar air ikan laga ni kena guna air mineral, tak boleh guna air paip.

Sekarang ni Mr Ray duk layan teman baru dia ni lah.

3,511 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam