Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari ini kami sekeluarga hanya berehat di rumah tidak seperti minggu kebiasaan.. Kalau biasanya kami akan keluar kemana-mana membawa Mr.Ray sebab dia kaki jalan macam umminya juga… Tapi oleh sebab Mr.Ray demam, rutin mingguan tu dibatalkan..dapatlah MB berehat dirumah..hehehe..
Mr.Ray dengan Cool Fever dia
Mr.Ray mula demam pada hari Jumaat malam.. Masa tidur badan dia memang panas..Bila ambil thermometer untuk lihat suhu badan dia, mencatatkan bacaan setinggi 39.8 celcius..Masa tu jam 3 pagi, kami hanya gunakan Cool Fever untuk sementara waktu untuk kurangkan suhu badan Mr.Ray… Esoknya barulah MB bawa dia ke klinik..Cadangnya nak bawa ke PAED Mr.Ray, tapi MB bawa ke klinik berdekatan dulu.. Doktor sahkan Mr.Ray hanya demam biasa.. Dan doktor masukkan ubat ke dalam punggung Mr.Ray juga beri ubat demam…

Kadang-kadang Umminya basahkan badan Mr.Ray denga air asam jawa untuk turunkan suhu badan yang panas…masih lagi pakai cool fever… 2 hari ini baru dapat lihat Mr.Ray tak aktif.. Selalunya dia memang aktif, sampaikan tak larat atuk dan opahnya jaga…hehehe.. Bila demam ni kurang aktif lah dia… Banyak merengek je… nak berkepit dengan Umminya dia je…. Kebiasaan kalau Mr.Ray demam sekejap je dah kebah..sehari macam tu… Tapi kali ni agak lama.. Takut nak kena demam campak je…

Petikan Status Ummi Mr.Ray di Muka Buku

Ada orang kata kalau anak sakit ianya menghapuskan dosa¬† dan menambah pahala ibu-bapanya yang berjaga malam untuk menjaga anaknya.. Wallahua’lam sejauh mana kebenarannya…

2,582 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam