DVD Rahsia Bahasa Bayi, Dunstan Baby Language, belajar bahasa bayi,kenalai jenis tangisan bayi

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah, benda yang MB tunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke tangan. Benda yang dimaksudkan ialah DVD Baby Language By Dunstan Baby Language.

Mungkin ada yang tidak pernah mengetahui kewujudan tentang DVD ini. MB tahu pun sewaktu menyertai Seminar Penyusuan Ibu anjuran majalah Pa&Ma dahulu. Waktu tu slot Baby Dunstan yang dikendalikan oleh Puan Uswatun Hasanah Habib motivator dari Dunstan Baby Language.

DVD Rahsia Bahasa Bayi, Dunstan Baby Language, belajar bahasa bayi,kenalai jenis tangisan bayi
Nah!!! 3 Sekali…!

DVD ini memang sangat bagus untuk ibu bapa di luar sana untuk kenal bahasa bayi anda dan jenis tangisan bayi anda merujuk kepada perasaan mereka. Kadangkala bila bayi menangis, kita tak tahu mereka hendak apa sebenarnya, benda biasa yang kita tahu ialah mungkin lapar dan hendak tidur. Tetapi banyak lagi jenis tangisan bayi dan maksudnya.

Siapa hendak DVD NI?!!! In Syaa Allah MB akan adakan contest kecil kecilan dan hadiahnya ialah DVD tersebut. Kalau yang belum berkahwin pun boleh juga sertai ,kalau menang boleh berikan pada keluarga atau simpan untuk masa hadapan kerana DVD sukar untuk dapatkan.

In Syaa Allah jika berkesempatan MB akan review tentang DVD ini..

6,123 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam