Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kali ini MB nak kongsi sikit petua mengenai sayuran…Walaupun MB kurang gemar dengan sayur..hehehe….Sayuran berdaun hijau sudah terkenal khasiatnya bagi kesihatan, salah satunya pengubat barah…Sayur yang MB maksudkan ialah Kale …Kale ini kaya dengan nutrisi… Tak hairan jika ia disebut sebagai ratu sayur dan Sayur Kale pencegah barah dan prostat….
Kale, disebut juga borecole, merupakan sayuran dari keluarga Brassica seperti halnya kubis, kailan dan brokoli… Bila dimakan secara rutin, sayuran berwarna hijau tua ini mampu melindungi tubuh dari barah dan menurunkan kolesterol

Kale juga boleh dijadikan minuman jus atau smoothie harian anda… Dengan lebih 40 jenis flavonoid untuk menyihatkan jantung, Kale adalah sayur yang sememangnya kaya dengan nutrisi… Berdasarkan penyelidikan di dalam Carcinogenesis, menemukan bahawa pengambilan sayur ini dengan kerap dapat mengurangkan pembentukan kanser prostat di kalangan lelaki…Owh, orang lelaki kena selalu makan sayur ni…

Selain kaya akan mineral, Kale juga sarat antioksidan vitamin A, C dan K. Karotenoid dan flavonoid merupakan jenis antioksidan yang sudah terbukti efektif dalam melawan barah… 
Kandungan lain Kale adalah lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata… Bersama dengan antioksidan, kandungan yang cukup banyak dalam Kale boleh menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung…

11,374 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. kalau x silap, Kale susah nak dapat kat Malaysia. kalau ada pun kat KL dan harganya sangat mahal. Tak pasti sama ada skrg ni dah ada dijual kat supermarket atau x. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam