Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Idea nak menulis entri ini sebenarnya datang semasa MB tengah syok bawa motor semasa nak datang kerja pagi tadi. Fikiran tengah melayang macam-macam difikirkan, tiba-tiba terfikir mengenai perubahan yang dah berlaku pada zaman sekarang berbanding pada zaman sebelumnya.

Sedar tak sedar, pelbagai perubahan dah berlaku pada waktu ini, alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberi. Kali ini MB nak berkongsi dengan pembaca perubahan apa yang memberi kesan kepada kita.

  • Perhubungan


Zaman Dulu

Kalau nak dating kena beritahu awal-awal 3 hari sebelum, tak pun beritahu masa dekat sekolah.

Zaman Sekarang
Tak perlu lagi beritahu awal-awal, kadang-kadang 30minit sebelum pun boleh ajak dating sebab adanya telefon, whassup la, BBM la.
  • Pengangkutan

Zaman Dulu

Kalau nak berjumpa atau bersiar-siar dengan girlfriend kena naik bas 50sen takpun jalan kaki lebih romantik. Sehati sejiwa katakan.
Zaman Sekarang
Tak perlu lagi naik bus nak meredah jalan raya yang sesak, hanya naik train je KTM, STAR, PUTRA.
  • Zuriat

Zaman Dulu

Jarang kita dengar kisah buang anak, orang-orang zaman dahulu patuh pada arahan keluarga. Kahwin pun dalam usia yang muda.
Zaman Sekarang
Tapi sekarang zuriat “ready made” dah sebelum kahwin. Belum kahwin lagi dah buat anak.
  • Luahan Perasaan

Zaman Dulu

Kalau nak luah-meluah ni, selalunya tulis dalam surat je lepas tu baca sendiri. Orang bukan tahu pun. Lagipun tak tahu nak luah pada siapa, hanya luah kat dinding bilik je lah.
Zaman Sekarang
Lagi mudah nak luah perasaan, sebab ada Facebook, Twitter, Tagged dan lain-lain lagilah. Bila up je status kat Facebook, seluruh dunia boleh baca luahan hati anda. Femes la sekejap.
  • Pendidikan

Zaman Dulu

Orang zaman dahulu kalau nak bersekolah cukup susah, kadang-kadang sampai darjah 3 je. Sebab sumber kewangan tak mengizinkan, nak-nak pula adik beradik ramai. Terpaksa berhenti sekolah.
Zaman Sekarang
Pelbagai badan yang boleh membantu untuk menangung kos pembelajaran contoh seperti PTPTN, MARA, JPA dan lain-lain. Mudah je cuma isi borang lepas tu tunggu layak atau tidak. Tapi pelik, kenapa masih ada lagi anak muda  yang mensia-siakan semua itu.

Ringkasnya dunia sekarang berlumba-lumba mencipta teknologi yang memudahkan manusia. Tetapi harus ingat ada waktunya teknologi itu boleh mendatangkan keburukkan kepada kita.

Nota Lastik : Dulu dating dengan isteri naik motor suzuki SRX je…..

17,565 total views, 7 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam