Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Setiap kali tiba hari lahir isteriku, pasti aku akan menggelupur.. menggelupur kenapa? Ha! itu yang kita nak tahu..

Menggelupur sebab buntu hadiah apakah yang akan aku berikan kepadanya nanti..Hahaha..Memang mati akal dibuatnya bila nak memikirkan benda ni..

Tapi tahun ni, aku nak buat satu kelainan sedikit untuk beliau.. Sesuatu yang istimewa dan akan membuatkan dia ingat saat itu sampai bila bila..

Jumaat, 1 November, aku telah merancang untuk membuat kejutan di pejabat beliau.. Dengan bantuan rakan pejabat beliau.. Aku telah merancang untuk datang secara mengejut..

Sebelum itu, aku memberitahu kepada beliau yang aku akan keluar untuk berjumpa rakan kerana ada hal hendak dibincangkan.. Tetapi, itu semua tipu muslihat yang aku telah rancang supaya beliau tidak dapat menghidu kegiatanku..Hehehe..

Aku siap sedia dahulu dengan barang barang yang hendak aku beli.. Aku beli kek untuknya, KFC untuk makan secara santai di pejabat beliau dan…. Sebentuk Cincin yang tidaklah berapa mahal harganya..

hadiah buat isteri
Gila segan ni……

Tepat jam 4 petang, aku sampai ke pejabat beliau, dan terus menerjah pintu pejabat sambil membawa kek harijadi beliau dan menyanyikan lagu selamat hari lahir khas untuk nya..

Dengan wajah terkejut dan tergamam tanpa berkata apa apa, aku pasti ini satu kejutan yang paling bermakna buat beliau..

surprise buat isteri
Hanya ini yang mampu..

Kejutan Yang Pertama

Ini video khas aku tujukan buat isteriku semasa aku tiada disisinya.. Terima kasih kepada rakan blogger yang membantu menjayakan video pendek ini..

Selamat Hari Jadi Sayang…..

3,105 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam