Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Dah lama sangat tak menulis perihal tentang kedua dua anak MB iaitu Mr Ray dan Cik Fiyya..

Berhabuk dah laman sesawang MB ni..

Kali ni rasa rajin pula nak menulis pasal anak anak.. Maklumlah dunia parenting ni tak boleh tinggal walaupun dah lama tak menulis..

Nak tanya korang la…
Kalau anak no 2 ni memang lain macam ek perangai dia.. Mesti nak nak lebih dari anak sulung..
Contoh macam Cik Fiyya ni..

Kalau bab mainan confirm dia akan bergaduh dengan dengan abang dia Mr Ray.. Kalau boleh dia takkan bagi mainan tu pada abang dia.. Mesti dia akan rampas..

Lepas tu Cik Fiyya ni suka sangat menyakat abangnya.. Kadang kadang abang dia tengah main sorang sorang Cik Fiyya akan datang kacau…

Kalau abang dia tengah buat homework.. mesti Cik Fiyya akan datang kacau contoh ambil buku lah.. ambil pensel la… Sibuk juga nak buat…

Nak lagi best.. Kalau MB tengah bagi vitamin kat kedua dua mereka ni.. Cik Fiyya akan marah MB supaya tak bagi vitamin yang sama pada abang dia.. Pergh…

Bab garang tak usah ceritalah.. Cik Fiyya ni memang sangat garang.. Kalau dia marah abang dia sakat dia boleh jadi gaduh..

Dengan MB tak usah ceritalah tahap jeles dia.. Kalau MB tengah duduk atau baring dekat wife.. Mesti dia akan datang menyibuk tolak MB ke tepi… Tak bagi kononnya…

Hahaha.. Memang anak no 2 macam ni ek..

1,504 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam