Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bapa Mithali

Minggu demi minggu… Hari demi hari… hari yang dinanti akan tiba… hari yang sering bermain di fikiran MB… Hari yang bakal menguji tanggungjawab MB sebagai ayah dan ketua keluarga… Juga menguji tahap kesabaran sebagai ayah…
Seperti tajuk entri ini Cabaran Bapa Mithali akan bermula.. Kenapa dinamakan cabaran… Semua ini kerana orang rumah MB akan ke Beijing, China selama seminggu mulai esok atas urusan kerja dan juga lawatan… Seminggu???? Hahaha… Agak lama juga tu… Macam mana dengan Mr.Ray??? Siapa nak jaga dia??? Ok ke dia???
Persoalan demi persoalan timbul… Tetapi jawapannya hanya satu, Mr.Ray akan dijaga oleh MB sendiri… Selama seminggu… I am Mr.Mama… Ianya satu cabaran bukan… Selama seminggu MB kena menjaga Mr.Ray dan menyiapkan segala persiapan dia… Yang mencabarnya ialah Mr.Ray agak rapat dengan Umminya sehinggakan dia boleh bau Umminya dan ada pancaindera ke-6 iaitu boleh mengesan kehadiran Umminya…. Jadi bayangkan jika Umminya tiada selama seminggu…
Gambar Hiasan
Mujurlah mak ayah MB ada membantu di siang hari ketika MB berkerja… Yang dikhuatiri ialah pada waktu malam… Hehehe.. Itu yang paling merisaukan kerana Mr.Ray dah biasa tidur berkepit dengan Umminya… 
Harap-harap Mr.Ray memberikan kerjasama yang baik nanti… Hehehe.. Akan teruji tahap kepakaran MB nanti menjaga anak…. Baby Sitter la katakan… Nantikan cerita penuh mengenai Cabaran Bapa Mithali ini nanti di Blog Melastik Bintang…

4,128 total views, 10 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. waktu malam tu, kasi la kat anak samada kain atau baju si ibunya. nak elok lagi, sebelum ibu nya g ke China tu, boleh simpan kain atau baju ibu utk si anak peluk tido 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam