Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Hari Jumaat, penghulu segala hari.. dan yang paling seronok ialah MB kerja setengah hari sahaja..Setiap hari Jumaat.. Seronok kan.. Tapi yang tak seronoknya ialah Isnin Hingga Jumaat iaitu 8 hingga 6petang.. Hehehe.. Lama nak tunggu..
Ok, entri – entri di blog Melastik Bintang sebelum ini banyak berkisarkan tentang keluarga, tips dan informasi.. Tapi kali ini ada sesuatu yang MB hendak kongsikan pada semua..Apa dia?  Ini yang akan MB kongsikan.. Detik-detik pertemuan antara MB dan Isteri
Tahun 2007
Tahun Permulaan
Pada tahun 2007, MB dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Am.. Waktu itu memang excited sangat sebab dapat sambung pelajaran di salah satu tempat yang MB idamkan.. Walaupun tiada rezeki di IPTA/IPTS.. Tetapi rasa bangga dapat sambung di Politeknik.. Maklumlah SPM dulu main-main..hehehe.. Tapi sekarang Alhamdulillah berjaya juga..
Cerita diteruskan lagi dengan hari pendaftaran MB di Politeknik Ungku Omar.. Masa sampai je di sana, terdetik di hati ” owh, old school juga Poli ni“.. Hehe.. Maklumlah Politeknik Ungku Omar ialah Poli pertama dan tertua di Malaysia.. Mestilah bangga.. Selesai mendaftar di Poli dan urusan rumah sewa, macam biasalah sesi menangis dan sedih antara anak dan keluarga… Haha.. Tapi MB cool je steady beb.. Mana ada nangis..
Suasana Di Kelas
Gambar Hiasan
Ok, dipendekkkan cerita.. Dalam kelas MB hanya ada 8 orang gadis jer.. Pupus sebab kalau dalam Mechanical Engineering memang lumrah kelompok gadis lebih sedikit jumlahnya dari lelaki.. Jadi waktu macam ini memang ramai la jejaka-jejaka yang tunjuk hero dalam kelas.. Hehehe..  Masing-masing nak naikkan saham.. Tapi apa yang selalu berlaku di institusi pengajian, pelajar-pelajar perempuan aliran lain seperti Elektrikal, Awam dan lain-lain pasti akan mencari Jejaka dari aliran Mekanikal.. Hahaha.. Pelajar-pelajar lelaki Mekanikal memang hot… 
Waktu dalam kelas, usha-usha juga pelajar perempuan yang 8 orang tu.. Hehehe.. Ada la juga berkenan kat seorang ni.. Tetapi tengok-tengok macam tu saja lah..
Klimaks Pertemuan
Ha! Ini bahagian kemuncak pertemuan antara MB dan Isteri.. Nak dijadikan cerita.. Waktu tu MB baru selesai tunaikan solat zuhur di surau Politeknik dengan beberapa orang rakan lelaki.. Sedang memakai kasut di luar, tiba-tiba adik angkat MB lalu berhampiran MB.. Dan secara automatiknya mata MB tertumpu kepada seseorang gadis di sebelah adik angkat MB.. Walawei!! Seorang gadis yang comel bertudung.. Putih kulitnya.. Sekali tengok tak macam pelajar Politeknik.. Macam pelajar sekolah rendah.. Hehehe..
Bila terpandang wajah gadis itu, barulah MB sedar yang dia rupanya 1 kelas dengan MB.. Yang peliknya dalam kelas kenapa MB tak perasan langsung kewujudan beliau.. Mungkin waktu itu Allah s.w.t belum mengizinkan lagi pandangan MB terhadap beliau.. Di surau itulah permulaan perkenalan MB dan isteri.. Sejak dari itu, hati makin seronok je nak ke kelas.. Sebab nak lihat wajah gadis idaman tu.. Hehehe..
Seperti dalam cerita melayu, tentulah lelaki yang mulakan dulu kan.. MB mengambil kesempatan terhadap adik angkat MB..Bukan ambil kesempatan yang ‘itu‘.. Hehehe tetapi ambi peluang untuk merisik gadis tersebut melalui adik angkat MB.. Adik angkat MB banyak membantu dalam perhubungan kami.. Untung sebenarnya ada adik angkat ni..
Perkenalan antara MB dan gadis tersebut bermula dengan ‘Handphone‘.. Ialah nak jumpa face to face malu kot.. Jadi gunakan SMS je lah.. Itu cara terbaik tanpa menunjukkan muka.. Hahaha.. Macam mana dapat no phone beliau?? Ha tentulah dari spy MB.. Adik angkat ler.. Kerap juga kami bermesej.. Faham-faham sajalah bila hati sedang berbunga.. Tetapi ada satu perkara yang pelik waktu itu dimana gadis tersebut selalu berada dengan pelajar lelaki lain  yang sama kelas dengan MB.. Pelik… Jadi siasat punya siasat rupanya lelaki-lelaki tersebut adalah rakan beliau semasa belajar di Politeknik Tg Malim… Rakan sekelas.. Beliau tak kenal sangat gadis lain yang satu kelas dengan kami jadi beliau rapat dengan rakan yang 1 kelas dulu, kebetulan dapat Poli yang sama..Ooooo.. Macam tu.. Jeles sebenarnya MB, sebab tu lah tanya.. Hahaha..
Detik Bercinta
Gambar Hiasan
Setelah lama juga kami berSMS dan berbual akhirnya MB ambil langkah yang berani untuk mengenal beliau dengan lebih rapat.. Iaitu ajak couple..Hahaha.. Rasa nak gelak je perkataan couple tu.. Berani juga lah nak bertanya tu.. Ialah buatnya kena reject tak malu muka hensem ni… Selamba saja bertanya kepada beliau.. Keputusan yang MB terima ialah… Dia SETUJU!! Akhirnya keberanian MB berbaloi juga.. Sejak dari itu kami lebih akrab.. Maklumlah belajar dalam satu kelas yang sama.. Setiap hari lah kalau boleh MB nak ke kelas.. Nasib baik sabtu dan ahad cuti.. Hahaha…
Waktu bercinta tu perkara pelik ada berlaku.. Beliau mengenakan syarat iaitu semasa di kuliah atau Poli tidak dibenarkan untuk kami berjumpa atau berbual.. Hahaha. Pelik kan bunyinya.. Hanya boleh berbual atau berjumpa selepas kuliah di luar Poli.. Perghh.. Sengsara juga waktu itu..Mana taknya, dengan orang lain beliau boleh berbual apa semua.. Tapi dengan kekasih hati yang hensem ni tak pula.. Kat luar je baru boleh..Hehehe. Nak tak nak terima sajalah.. Walaupun berbulu je hati ni tengok deme( kata orang perak ) berbual dan lepak..
Bermacam dugaan semasa kami bercinta.. Macam-macam ada.. Hehehe.. Sehinggakan terpaksa sorok dari pengetahuan keluarga.. Tapi itu semua kami lalui bersama dengan cekal..
Berakhirnya Dunia Kuliah
Gambar Hiasan
Setahun sudah berlalu di Ipoh.. Macam -macam perkara yang berlaku dan di lalui.. Akhirnya saat yang dinanti telah tiba.. Berakhirnya semester akhir kami di Poli.. Apa yang sedih ialah selepas ini memang susah untuk kami berjumpa.. Maklumlah beliau di Teluk Intan, MB pula di Shah Alam.. Tetapi itulah dugaan namanya.. Bertemu dan berpisah adat.. Yang penting kita kena pandai bawa diri.. Dan redha dengan ketentuan dariNya.. 

Bertemu Kembali 
Selepas berakhirnya dunia kuliah dan gred, MB memulakan dunia pekerjaan di  Shah Alam.. Waktu itu beliau masih lagi di Teluk Intan.. Seingat MB dalam pertengahan tahun 2008.. Beliau telah menyuarakan hasrat untuk berkerja di Selangor bersama rakan beliau iaitu adik angkat MB dulu.. Sesuatu yang gembira buat MB.. Kerana selepas ini tidaklah susah untuk kami berjumpa..
 Jadi keputusan telah diambil dan beliau telah pindah ke Selangor dan menetap di rumah kakak kepada adik angkat MB.. Waktu itu MB menolong mereka berdua untuk mencari kerja.. Boyfriend takkan nak biarkan girlfriend tak berkerja kan.. Hehehe..Akhirnya beliau sudah dapat kerja.. Itu melegakan MB kerana waktu itu susah juga nak dapatkan kerja..

2 Hati Bersatu
2 Hati Bersatu
Setelah 4 tahun kami kenal sejak di Ipoh.. Terdetik hati ini untuk bersatu dengan beliau.. Kata orang tua tidak elok kawan lama-lama sangat.. Tak manis.. Hehehe.. Jadi MB buat keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan beliau.. Akhirnya pada tarikh 5 Februari 2011 menjadi saksi kami bersatu dan diikat sebagai suami dan isteri.. Dengan sekali lafaz sahaja MB bergelar Suami.. Alhamdulillah kini kami dikurniakan seorang anak lelaki yang comel iaitu Mr Ray atau nama penuhnya Mior Rayhan Rifqi.. Dan terima kasih kepada Isteri MB kerana sudi menjadi seorang Isteri dan Umi kepada MB dan Mr Ray..
Semoga jodoh dan rumahtangga kami berkekalan sehingga akhir hayat… In Syaa Allah…

6,304 total views, 6 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Saya punya rakan sekuliah bercinta dikolej. Kemana-mana macam belangkas asyik berkepit. Saya tidak berminat bercinta di waktu kolej dahulu kerana pegang kata-kata arwah bapa dahulu. Saya pernah bersuara untuk mempunyai teman ketika belajar di kolej tetapi arwah bapa minta tangguh sehingga habis belajar. Ada hikmah disebalik nasihat orang tua ini. Rata-rata saya lihat kawan yang bercinta dikolej hidup agak terkongkong, kalau ada clash habis room mate dapat tempias, apabila dah baik semula kawan pun ditinggal. Kalau putus cinta hingga menjejas pencapaian akademik. Kebanyakkan kawan yang bercinta ketika dikolej dahulu bagai hendak rak tidak berakhir ke jinjang pelamin.

    Tanniahlah untuk bro dan isteri berjaya mengekal perhubungan tersebut sehingga bersatu. Saya mendoakan kesejahteraan dan keharmonian rumah tangga berkekalan sehingga akhir hayat. Saya mengenal dan bercinta dengan isteri selepas kahwin.

    1. hehe.. ada sesetengah keluarga memang melarang anak-anak mereka bercinta semasa belajar bro.. sama juga macam kes isteri saya dan saya.. tetapi kami buktikan dengan pencapaian dalam akademik kami..

      Alhamdulillah ibu bapa kami terima perhubungan kami.. =)

  2. OMG this is so sweet .
    Friendly to say , jarang a guy going to write and express this kind of love story to others especially to public of their feelings.
    Know what , she should be proud of u and must read this. Salute u lah , bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam