Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Drama yang setiap minggu MB akan follow dari isnin hingga khamis sudah sampai ke penghujungnya…episod akhir yang akan ke udara pada hari Isnin 2 September 2013 nanti…Drama yang diadaptasi dari sebuah novel Bunga Bunga Kemboja tulisan Aina Emir…Lakonan Ako Mustapha dan Cristina Suzanne..

Akibat penangan drama ini, terdetik untuk MB membeli novelnya pula. Selalunya kisah di dalam novel lagi seronok jika dibaca. Akhirnya tercapai juga hajat untuk membeli novel ini. MB beli di kedai buku Popular. Sebelum itu MB ada emailkan kepada penulisnya Pn.Aina Emir bertanyakan samada novel ini ada dijual lagi atau tidak. Mujurlah ada lagi dicetak dan dijual di kedai kedai buku. Disebabkan itu juga hobi MB semasa di sekolah menengah dahulu kembali iaitu membaca novel. Membaca novel bukan bermaksud jiwang ok….hahaha..

20130831-211439.jpg

Sinopsis Novel Bunga Bunga Kemboja – Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.”Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi”

Bagi anda yang kaki novel MB cadangkan anda beli novel ini. Cerita yang amat menarik dan lain dari yang lain.

2,939 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam