Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Semalam gempar dengan satu video di facebook. Video yang penuh dengan kontroversi dan paling gempak rasanya. Video dimana seorang gadis membuat pengakuan CINTA & SAYANG nya terhadap teman lelakinya. Video bertajuk  “Ulangtahun Seminggu Hubungan Kita” Sungguh murni apa yang dilakukan oleh gadis itu.

Waktu MB menonton video tersebut, sungguh berani gadis ini dan MB terpaku dengan ayat-ayat yang digunakan olehnya. Tanjat Boboi! Feuh~ Begitu sayang sekali gadis ini terhadap kekasihnya sehinggakan sanggup membuat video tersebut.

Bagi MB, apa yang si gadis itu lakukan sebenarnya satu kelakuan yang tidak matang dan boleh memalukan diri sendiri. Dalam aspek kekeluargaan, bagaimanakah agaknya perasaan kedua ibu-bapa gadis tersebut jika melihat rakaman video tersebut? Malu itu sudah tentu, ialah benda tersebut boleh tersebar dengan cepat kerana adanya medium sosial media sekarang.

shock1
Cinta Monyet

Malah saudara mara dan jiran jiran juga turut terkena tempias dengan kehangatan video tersebut. Mungkin niat hati gadis tersebut adalah untuk simpanan peribadi dan untuk ditujukan kepada teman lelakinya, tetapi zaman sekarang ini macam-macam boleh terjadi dengan ada nya teknologi dan sosial media yang menjadi medium untuk menjadi ‘POPULAR‘ sekelip mata. Ibu bapa harus memantau kelakuan anak-anak mereka dan pengawasan terhadap gajet-gajet canggih juga harus diketatkan. Jika tidak kemungkinan akan jadi perkara yang tidak elok.

Kepada adik tersebut, tidak salah kalau adik nak bercinta, tetapi utamakan dulu pendidikan dan maruah keluarga dahulu. Itu yang seeloknya berlaku bukannya membuat rakaman video tentang pengakuan soal hati adik terhadap teman lelaki. Abang faham jika adik terlalu sayangkan teman lekaki adik, sehinggakan adik sanggup meluahkan di dalam rakaman video. HARUS diingat, sayang tidak bermaksud akan kekal dan adik masih muda lagi dan bersekolah, bagaimana jika teman lelaki adik lari meninggalkan adik? Tidak ke parah nanti. Selesaikan pelajaran dan tanggungjawab adik kepada keluarga dulu dan tahu menilai baik buruk dalam sesuatu perhubungan. Kasut Dah Kapur Belum?

Tidak tahu  bagaimana rakaman video tersebut boleh tersebar…. sengaja MB tidak letak gambar dan video tersebut kalau anda nak tengok carilah sendiri.

 

ps: hanya menasihat supaya di masa akan datang tidak lagi berlaku perkara seperti ini..

2,527 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. takut jugak dgn budak2 sekrang. maklumlah dah ada anak pompuan kena pantau selalu…

    adik ni pendek akal..tapilah kan..jika zaman2 dulu ms sekolah..tak tergamak kot nak buat camni w/pun ada kemudahan canggih..dan tak terfikir plak nak buat buat camni
    Alin Marlini Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Niat Berpuasa RamadhanMy Profile

  2. Ada tengok diorang post di FB, tp malas nk tengok video tu sbb rasa macam tak ada faedah pun..hehee

    Lainla kalau dah kawen seminggu then buat video macam tu, boleh la nak pertimbangkan, kan MB? 🙂
    Myra Jay Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Meriah… AlhamdulillahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam