isteri mengidam, isteri berperangai pelik sewaktu hamil,alahan isteri sewaktu mengandung

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

2 tahun lepas semasa isteri MB mengandungkan Mr Ray, tak banyak perkara atau permintaan beliau . Biasalah kalau wanita hamil ini banyak songeh mereka hahaha.. Orang kata ‘mengidam’ sesuatu.

Masa awal kehamilan beliau sihat walafiat dan alhamdulillah penyakit ‘Morning Sicknes‘ yang dialami beliau tidak teruk. Malah jarang nak lihat beliau ‘morning sickness’.

isteri mengidam, isteri berperangai pelik sewaktu hamil,alahan isteri sewaktu mengandung
Kebiasaannya wanita hamil akan mengidam pada makanan sahaja

Tapi ada satu perkara yang pelik berlaku sebenarnya sewaktu beliau hamil. Dia mengidam hendak naik Keretapi ( KTM ). Ha, naik keretapi tu.. Luar biasa bila MB dengar permintaan beliau. Ingatkan mengidam daging kijang ke, ikan kaloi ke, buah cempedak ke, ini tak mengidam nak naik keretapi.

Jadi tak nak menghampakan beliau, ada satu hari tu MB bawa dia naik keretapi dari stesen Shah Alam ke Stesen Kl Sentral. Bawa beliau pusing pusing KL Sentral dan makan di sana, lepas tu beli tiket balik ke Shah Alam. Walaupun tidak lama yang penting hajat beliau tercapai. Kepada suami usahakanlah apa yang dihajati oleh si isteri.

Diharapkan tidaklah berlaku seperti kes di bawah ini..Hanya kerana mengidam buah kelur…..

isteri mengidam, isteri berperangai pelik sewaktu hamil,alahan isteri sewaktu mengandung
Menyedihkan jika perkara seperti ini terjadi…

Jadi kali ni MB tak tahu apa pula ‘permintaannya’ pula. Just wait and see je lah… (^_^) Alhamdulillah kandungan dah masuk 12minggu. Doakan kami sekeluarga bahagia hendakNya.

4,644 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam