Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Feuh~~ Itu je yang mampu MB ucapkan pabila sesetengah kawasan di negeri Selangor mengalami gangguan bekalan air selama beberapa hari. Kemungkinan 3 ke 5 hari secara berperingkat. Bila tiada bekalan air ni segala kerja harian terganggulah jawabnya.

Nasib baik sempat tadah air, tetapi mungkin tidak mencukupi selama beberapa hari yang akan datang ni. Aktiviti mandi memang terpaksa dikurangkan kerana nak jimatkan air…haha..eh! tetap wangi ok…

Bab menguruskan anak sebenarnya yang dibimbangkan..ialah nk basuh punggung yang penuh dengan Eee, mana boleh biar lama lama nanti melekat… kalau dibiarkan lama, akan mendatangkan kecederaan pada kemaluan dan kawasan celah kangkangnya..Nak basuh botol susu lagi…nak masak air lagi…Semua perlukan air…

20130831-204715.jpg

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa operator loji bagi pihak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Rantau Panjang iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan operator loji bagi LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengesan pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel terletak di hulu sungai muka sauk air mentah loji-loji rawatan air berkenaan. Tumpahan minyak diesel ini telah dikesan oleh operator loji berkenaan sekitar jam 8.00 pagi, 30 Ogos 2013 dan ekoran daripada itu, kedua-kedua operator loji berkenaan telah menghentitugas keempat-empat loji rawatan berkenaan di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi ini. Pihak operator loji berkenaan memaklumkan bahawa ianya dijangka akan mengambil masa sekitar 14 jam sebelum tumpahan minyak diesel tersebut melewati muka sauk air mentah loji rawatan air masing-masing. Di samping itu, pihak kedua-dua operator loji rawatan air sedang memantau keadaan bagi memastikan air yang tercemar tidak mengalir masuk ke loji rawatan air supaya setiap LRA dapat beroperasi semula dengan kadar segera apabila pencemaran tidak berlaku lagi.

3,099 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam