Nasi Vanggey Cawangan Shah Alam, Cawangan Nasi Vanggey, Nasi Ganja Ipoh, Lokasi Nasi Vanggey

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pertama kali mencuba makanan Nasi Vanggey atau Nasi Ganja itupun semasa menyertai event Honda Hybrid Family Road Trip ke Ipoh. Waktu itu rakan blogger yang membawa kami ke restoran Nasi Vanggey Greentown.

Siapa pernah cuba atau dah pernah makan pun di restoran Nasi Vanggey ni ? Nasi Vanggey ni salah satu restorang yang cukup terkenal di Perak. Di Perak ada 2 cawangan yang terkenal Restoran Nasi Vanggey ni, satu di Jalan Yang Kalsom dan satu lagi di Greentown, Ipoh.

Restoran Vanggey yang bermakna ‘mari, mari, mari‘  tetap mengekalkan masakan Nasi Kandar Ayam Merah atau ayam Madras yang membuatkan seseorang itu merasa ‘ketagih’ dengan kelazatannya. Disebabkan itu Nasi Vanggey digelar Nasi Ganja.

Restoran Nasi Vanggey terkenal dengan masakan ‘nasi ganja‘ sehingga orang ramai sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan lauk pauk yang dihidangkan. Ayam goreng nasi vanggey ni memang mantaplah dan sedap, lain dari yang lain kalau nak dibandingkan dengan ayam goreng restoran lain.

Nasi Vanggey Cawangan Shah Alam

Kebetulan minggu lepas sedang MB keluar ke kedai kawasan berhampiran rumah, ternampak satu banner tergantung di sebuah lot kedai baru ‘ Nasi Vanggey Coming Soon’. Wah! Ini bermakna restoran Nasi Vanggey akan ada cawangan baru di Shah Alam berhampiran rumah MB sahaja. Tak perlu lagi ke Ipoh dah lepas ini kalau nak pekena Nasi Vanggey. Nak tunggu perasmian cawangan baru ni, nanti MB update lagi di blog ok.

Nasi Vanggey Cawangan Shah Alam, Cawangan Nasi Vanggey, Nasi Ganja Ipoh, Lokasi Nasi Vanggey
Cawangan Nasi Ganja Terbaru Di Shah Alam

8,897 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam