Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sabtu, 29 Oktober. Hari rehat untuk MB selepas 5 hari bekerja, tapi hari sabtu kali ini berlainan dari hari sabtu yang lain-lain. Kenapa lain, sebab sabtu kali ini MB bangun awal pagi untuk Jogging. Sebenarnya dah lama sangat tak berjogging, tapi ini semua gara-gara Temuduga MB di Malaysian Airport Berhad hari Isnin 1 Oktober nanti jadi kena buat persiapan dari segi fizikal.

Lupakan kisah itu dulu, kali ini MB nak kongsi dengan anda semua berkenaan Pameran Coklat Malaysia di Mid Valley Exibition. Nak dijadikan cerita, sebenarnya isteri MB yang rancang nak pergi pameran tersebut dari minggu lepas. Seperti tahun-tahun sebelumnya, MB dan isteri MB akan pergi ke Pameran Coklat Malaysia kali ke-6 yang diadakan di Mid Valley Exibition 28 – 30 September 11am – 9pm.

Balik dari jogging terus bersiap menuju ke destinasi kami iaitu Mid Valley Megamall. Masa sampai di Pameran Coklat itu, tak ramai lagi orang sebab MB berada disana jam 11pagi.

Sekitar kunjungan kami ke Pameran Coklat Malaysia

Mr.Ray interframe kejap

Yang bertuahnya, Mr.Ray berjaya dapat hadiah putar dan menang ( macam roda impian ). Dapat la beg sekolah Crispy. Terima Kasih Crispy!

Kebetulan ada studio bergambar untuk keluarga dan anak. MB bawa Mr.Ray untuk cuba bergambar di studio. Ini pertama kali Mr.Ray bergambar studio. Tapi MB sempat snap 2 keping gambar je itupun masa Mr.Ray sedang salin kostum lebah, sebabnya dilarang ambil gambar di studio berikut.
Mr.Ray sedang salin kostum


Antara coklat yang MB sempat beli :




Sudah habis borong semua coklat, sesi makan pula. Apa yang boleh MB katakan ialah pameran kali ini tidak semeriah pameran pada tahun lepas, tahun lepas lebih meriah semasa MB pergi di tempat yang sama juga . Gerai-gerai coklat juga banyak dan berbagai pilihan boleh dibeli berbanding pameran tahun ini.
Nota Lastik : macam-macam jenis coklat MB beli, tapi yang paling sedap ialah coklat BEN10. Hehehehehe.

3,044 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam