Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sudah 3 hari tidak ada entri dari MB. Maklumlah 3 hari yang sibuk dengan keluarga, tak sempat nak buka laptop apatah lagi menjenguk blog.

Sabtu lalu MB sempat ke Pameran Dinosur di Pusat Sains Negara. Dah lama nak pergi, tapi minggu lepas baru berpeluang. Sebab dah janji dengan Mr.Ray nak bawa dia pergi tengok Dinosour. Sambil tu melawat sekali Pusat Sains Negara sebab tak pernah pergi pun.

Tiket masuk ke Pameran DinosurĀ  ialah RM15 bagi dewasa, kanak-kanan berumur 7-12 tahun RM12, manakala kanak-kanak berumur bawah 6 tahun percuma.

Blogger ni pun dah pernah pergi ke Pameran Dinosour, tapi dia awal-awal dah pergi.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.dinosaurslive.com.my atau www.facebook.com/dinosaurslive.my.

Lepas pergi ziarah Dino, pergi jalan-jalan pula dekat Pusat Sains Negara, sebenarnya Pameran Dinosour di dalam Pusat Sains Negara juga. Jadi pengunjung tidak perlu membeli tiket untuk masuk ke Pusat Sains Negara, cuma beli Tiket Pameran Dinosour sahaja dah boleh masuk ke Pusat Sains Negara. Kalau ikutkan harga tiket berlainan.

Untuk makluman, Pameran Dinosour ini dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2012.

Nota Lastik : Tak rugi kalau bawa anak-anak datang sini, macam-macam ada…

9,263 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam