Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hujung minggu yang kebiasaannya aku akan membawa keluarga bersiar siar untuk menghabiskan masa bersama.

Tetapi setelah selesai bertugas di Kelas Asas Main Saham anjuran Abang Ensem semalam , barulah aku boleh membawa ahli keluarga ku keluar. Kebetulan aku sudah rancang untuk bertemu blogger dari Sabah iaitu Cik Emas Putih yang kebetulan berada di KL.

Pertemuan di The Mines, dekat sedikit dengan lokasi Cik Uzu kita tu.. Lagi pula aku pun tak pernah sampai ke The Mines ni, setakat lalu adalah. Pendekkan cerita aku pergi ambil Cik Uzu dulu di kampusnya sebab dia takde transport.

Dah sampai The Mines, tujuan utama adalah menaiki Mines cruises, bot yang membawa penumpang bersiar siar di tasik persekitaran The Mines. Harga yang dikenakan ialah sebanyak RM 22 untuk dewasa dan RM 17 untuk kanak kanak selama 20 minit.

Mr Ray memang gemar bab bab naik bot ni, daripada demam terus sihat bila kena angin sepoi sepoi bahasa. Macam macam yang ada kat tasik The Mines ni, antaranya ikan ikan, angsa dan paling menarik anda akan dapat lihat Rumah Rehat tuan punya tanah The Mines yang culup besar di tasik tersebut. Bukan itu sahaja, rumah yang sangat besar iaitu pemiliknya adalah bekas menteri pelancongan dulu.

Walaupun hanya 20 minit tetapi puas juga bersiar siar di kawasan sekeliling The Mines. Tercapai juga hasrat nak ke sana..hahaha..

20131110-110642.jpg
Tengok wajah Mr Ray yang Arrogant
20131110-110822.jpg
Adalah juga angsa angsa menghiasi tasik tu..

20131110-111354.jpg

20131110-110908.jpg
Tu dia.. Mr Ray sihat terus Demam
20131110-110949.jpg
Seronok bersiar siar kat sini..

20131110-111038.jpg

20131110-111344.jpg

 

3,928 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam