Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

● Kali ni saya nak kongsikan sesuatu yang lain, bukan tips hartanah, bukan tips kewangan mahupun listing rumah. Tetapi sesuatu yang berilmu khas untuk muslimah.

● Hari ini merupakan hari istimewa dan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat.

● Berbeza dengan muslim lelaki yang wajib menunaikan solat Jumaat dan disunnahkan mandi Jumaat, para muslimah tidak disyariatkan untuk mengikuti ibadah itu.

● Mungkin ada yang bertanya, bukankah solat Jumaat memiliki hikmah yang besar?

● Begitu juga dengan mandi Jumaat? Lalu bagaimana muslimah dapat mengejar pahala dan keutamaan tersebut?

● Tenang wahai saudariku, Allah memberikan kesempatan yang sama kepada muslim dan muslimah untuk beramal soleh, mengejar redha dan pahala-Nya serta masuk surga. Hari Jumaat, ada banyak ibadah sunnah yang boleh dilakukan oleh wanita muslimah.

[ 1. Membaca Surat Al Kahfi ]

Baik muslim mahu pun muslimah, keduanya memiliki kesempatan yang sama untuk membaca surat Al Kahfi di hari Jumaat. Hari Jumaat yang dimaksud di sini adalah hari Jumaat dalam kalender islam. Iaitu mulai Khamis petang saat matahari terbenam hingga Jumaat petang saat matahari terbenam.

[ 2. Memperbanyakkan Shalawat ]

Amal sunnah lainnya yang boleh dilakukan muslimah di hari Jumaat adalah memperbanyakkan shalawat. Amalan ini ringan dan mudah dikerjakan di mana saja. Khusus untuk mendapatkan pahala sunnah di hari Jumaat, shalawat ini dibaca mulai Khamis petang saat matahari terbenam hingga Jumaat petang saat matahari terbenam.

[ 3. Memperbanyakkan Doa ]

Selain memperbanyak shalawat, amal istimewa bagi muslimah adalah memperbanyakkan doa di hari tersebut.

Rasulullah menjelaskan keutamaan doa di hari Jumaat dalam hadisnya sebagai berikut:

“Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta ” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut. (HR. Bukhari dan Muslim)

4. Solat Zuhor di awal waktu

Para muslimah boleh dapat pahala sunnah dengan menunaikan solat zuhor di awal waktu. Tidak menunda-nunda. Apalagi sampai melalaikannya.

● Jika para muslimah membaca perkongsian ini dialu alukan untuk klik SHARE agar kita dapat pahala kerana menyampaikan  sesuatu yang baik walau sepotong ayat sekali pun.

● Pada muslimin anda juga boleh baca dan share untuk rakan muslimah atau isteri anda.

image

1,310 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam