Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Dah lama rasanya MB tak kena Demam Selsema ni. Kali terakhir kena pun MB dah tak ingat. Tapi kalau kena selsema tu kerap jugalah dah jadi macam rutin hahaha.

Waktu waktu yang diserang selsema selalunya kalau MB terlebih minum ais batu, makan seafood, ataupun kena habuk. Pendek kata memang sensitif la hidung ni. MB pun ada resdung sebenarnya.

Bila kena demam selsema ni segala kerja memang tak dapat nak buat,semuanya tertangguh dek kerana badan yang tak larat dan hidung yang tersumbat dan kadang kadang sakit sakit badan.

Sudah 2 hari MB terperap di rumah. Harini MB tak dapat membantu Abang Ensem dalam Seminar Hartanah beliau yang terakhir tahun 2013 ini. Ada juga rakan rakan yang memberitahu cara merawat selsema ni.

demam selsema,petua rawat demam selsema

Tetapi kebiasaan MB akan membuat rawatan stim dengan sendiri. Mudahnya letakkan air panas di dalam satu bekas, kemudian halakan muka anda di atas air panas itu supaya wap air panas itu kena pada muka kita. Dengan cara itu segala lendir atau hingus kita akan cair dan kita akan terasa lega pada hidung kita. Itulah cara merawat selsema MB.

Y

2,527 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam