Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

3 Jun 2013 yang lepas maka genaplah usia MB kini berusia 28 tahun dan bergelar seorang ayah dan suami. Seperti biasa jika hari lahir isteri MB atau hari lahir MB, kami akan adakan mini celebration je.  Tidak perlu besar-besaran.

Dan pastinya pada hari lahir sudah tentulah kita inginkan hadiah bukan? Tapi semasa sambutan hari lahir MB , sedih juga kerana tidak dapat hadiah dari isteri pun, dalam hati MB berkata ” mungkin dia lupa nak beli kot“.. ayat nak sedapkan hati..

Hadiah Buat Suami
Cantik Kotak Ini

Tapi selang beberapa hari kemudian, sedang MB mengemas bilik ternampak sebuah kotak (seperti gambar di atas) . Sebab dalam bilik memang banyak kotak-kotak hadiah, tapi MB tak buka pun kotak tersebut sebab dalam pemikiran MB mungkin kotak isteri MB nak beli barang kot.

Esok harinya MB bertanya pada isteri, “kotak apa ni?” lalu isteri MB jawab, “bukalah“..

Taraaaaa..!!!!!!

Hadiah Buat Suami
A.L.I.V.E???

Seutas jam tangan di dalam kotak tadi. Rupa-rupanya itulah hadiah dari isteri buat MB sempena ulangtahun kelahiran MB! Memang suplise suplise ar..Tak sangka si dia ingat juga nak beri hadiah pada suaminya yang tampan ini..Terharu rasanya..

Hadiah Buat Suami
Cantik dan sesuai dengan lelaki tampan macam MB

Walaupun apa-pun MB berterima kasih sangat kepada isteri MB kerana hadiah ini dan ianya sangat teristimewa. Murah atau mahal bukan persoalannya, tetapi harga sebuah tanda perhubungan sesama suami dan isteri amat penting.

“Terima Kasih Sayang “

6,863 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam