Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Jangan sangka entri ini entri yang lucah atau sesuai untuk dibaca mereka yang berumur 18 tahun keatas.. Dek kerana tajuknya yang wow… Maafkan aku…

Apa yang aku nak cerita kat korang semua ialah cerita tentang makanan.. Roti telur goyang namanya..

Mungkin korang pernah makan roti telur goyang ni..atau mungkin ada yang pertama kali yang dengar namanya..

Macam mana boleh dapat nama Roti Telur Goyang ni? Aku sendiri pun tak tahu, tetapi kalau diamati rupa bentuknya, telur tersebut seperti telur separuh masak yang direbus.. Tetapi struktur telur goyang ini lebih lembut dan cair.. Lalu diletakkan di atas roti..

20131108-132759.jpg

Apa yang aku tak boleh lupakan mengenai Roti Telur Goyang ini ada tragedi disebaliknya.. Blogger shakiddo,boni kacak,yana yassin, innanie dan reezluv menjadi saksi.. Akibat roti telur goyang ini, aku telah membuat satu kesalahan yang boleh mengaibkan seoran insan.

Aku telah memanggil saudara yang menghantar roti tersebut dengan panggilan ‘ terima kasih kak’ dengan selamba.. Insan tersebut merupakan seorang lelaki… Habis dibantai gelak oleh rakan rakan ku.. Dengan wajah dan perasaan yang kecewa, brother tersebut berlalu ke dalam kedai.. Kepada brother tersebut, aku minta maaf kerana tersasul..

Kepada korang yang hendak cuba Roti Telur Goyang ni boleh datang ke Medan Selera Stadium Ipoh Perak. Gerai Abang Fuad , menu istimewanya ialah Nasi Lemak dan Roti Telur Goyang.

4,041 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam