Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 3 Jun 2013 bersamaan 24 Rejab 1434, genaplah usiaku _ _ Tahun (korang isi sendirilah). Selang sehari selepas Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong pada 1 Jun lalu.

Sudah banyak yang ku lalui dalam hidup ini dan pelbagai pengalaman yang sudah aku tempuhi. Namun perjalananku masih panjang In Syaa Allah jika diizinkanNya. 3 tahun juga aku menyambut ulangtahun kelahiranku sebagai seorang suami dan bapa. Sudah tentu sambutannya berlainan jika nak dibandingkan semasa bujang hehehe.

Selamat Harijadi Melastik Bintang
Ihsan dari www.isla.my

Lebih bermakna lagi jika dapat menyambut dengan keluarga dan orang-orang tersayang juga orang-orang di sekeliling MB. Sebagai seorang Blogger juga tidak banyak bezanya dan ini pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran sebagai seorang blogger.

Sudah ada beberapa perancangan dan misi juga visi dalam hidup ini. In Syaa Allah MB akan cuba untuk merealisasikan impian dan perancangan tersebut. Tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga amat besar dan berat.

Semoga di hari ulangtahun kelahiran  MB ini ianya penuh barakah dan semoga semuanya berjalan lancar hendak-Nya. Terima kasih kepada isteriku dan juga putera sulung ku kerana sentiasa menyokong babah!

6,622 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. In Sha Allah…amin!!!!
    SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BABAH!!

    Tunggu Kezutan dari umi n Ray ye…………hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam