Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Syukur alhamdulillah..

Semalam MB berjaya menyertai kelas buat blog dengan lebih terperinci lagi. Anjuran Akademi Denaihati di pejabat mereka terletak di Shah Alam.

Buat makluman, sudah selesai beberapa edisi kelas buat blog ini di Akademi Denaihati dan semalam merupakan edisi terakhir 2013. Dikhabarkan tidak tahu bila lagi akan diadakan kelas seperti ini.

Kelas belajar buat blog wordpress masterclass dan junior class akademi denaihati
Sebahagian pelajar di dalam WordPress Masterclass Akademi Denaihati

Sudah lama sebenarnya MB ingin sertai kelas ini cuma menanti masa yang sesuai dan kewangan yang mencukupi. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT MB dapat sertai. Kali ini sudah 2 kali MB menjadi pelajar Akademi Denaihati sebelum ini private coaching dalam affiliate dan minisite.

Ada 2 orang pelajar menyertai WordPress Masterclass Akademi Denaihati semalam, MB dan seorang lagi ialah gadis Nuristimewa.

Kelas bermula jam 930 pagi, dengan topik asas dalam menyelenggara filezilla dan cPanel. Sebelum ini MB tahu kedua dua file cuma tidak mahir dalam penggunaannya. Kemudian sentuh mengenai Security WordPress pula. SEO paling yang dinantikan tapi tak boleh nak cerita disini,kena pergi kelaslah hehehe. Dan beberapa topic yang agak penting dalam wordpress.

Penting sebenarnya untuk kita hadir ke kelas belajar buat blog ini jika kita betul betul serius di dalam dunia blogging.

In syaa allah 2014 MB lebih fokuskan kepada teknikal dalam wordpress pula setelah 2013 MB banyak menumpukan kepada branding dan networking.

Usaha yang baik dari Akademi Denaihati dengan mengadakan Kelas Belajar Buat Blog
Peserta dan tenaga pengajar WordPress Masterclass Akademi Denaihati

Dalam kejayaan ada pengorbanan..

2,303 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam