Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Destinasi Food Review kali ini, MB dijemput oleh Miss Pah Hot Pot’s untuk menerjah menu istimewa mereka iaitu Maggi Kari Ketam.

Credit Gambar ini kepada Boni Kacak.com

 

Destinasinya terletak di Bucida Court, Jalan Damansara Sg.Penchala. Lokasinya agak mudah untuk dituju kerana berdekatan dengan IKEA dan terletak di seberang jalan sahaja.

Ok, apa yang menarik di Miss Pah Hot Pot’s ini? Sudah tentulah menu istimewa mereka iaitu Maggi Kari Ketam. Terdapat 2 jenis ketam iaitu Ketam Nipah dan Ketam Bunga. Harga bergantung kepada saiz ketam.

 

maggi kari ketam
Tu dia…!! Ketamnya!!

 

maggi kari ketam
nin dia satu lagi ketammm!!

 

Selain itu juga terdapat menu menu lain antaranya ialah Hot Plate Sizzling Yee Mee dan Pan Mee. Dengar khabar juga antara menu yang menarik ialah Sweet Sour Seafood Platter. Selain itu kalau anda jug apeminat setia K POP bolehlah cuba Maggi Kimchi.

Selain itu juga terdapat pilihan makanan yang lain kerana terdapat lebih dari 8 gerai makanan di Bucida Court ini. Jadi selera apa yang anda inginkan, Western? Nasi Kukus? Masakan Kampung?Ayam Bakar?Steamboat? Macam macam ada di Bucida Court ni. Tepuk dada tanya selera anda.

 

maggi kari ketam
Meatball… Dan Fries….

 

maggi kari ketam
Menu ni MB terlupa..banyak sangat menu nak ingat….hehehe

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Yang ini Menu dari Uncle Ron’s…Western food…

 

Macam mana? Tu baru sikit menunya yang MB tunjuk….. Nak tengok lagi??? Ok, Tengok kat bawah….

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Amacam yang ini pula??

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Memang kembung perut sebab banyak sangat menu…

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Yang ini Desert kami semua….

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Yang ini sotong tu dalamnya….

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Nasi Kukus turun temurun..Yang ini 5 star MB bagi…

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Yang ini pula macam nasi ayam kiranya….=)

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Terbaik wok!! Gabungan udang dan lala…

 

maggi kari ketam
Sup Kambing..memang meletop!!

 

maggi kari ketam, uncle ron's cafe
Menu terakhir sebelum Desert….

 

Kawasan di Bucida Court ini memang lapang dengan tempat meletak kenderaan. Malah disediakan juga skrin besar untuk mereka yang kaki bola. Lighting memang agak romantik. Pendek kata tempat memang best, makanan memang best!

Terima kasih kepada Miss Pah Hot Pot’s dan juga gerai makanan lain kerana menaja makan malam kami. Jug a kepada Bloogers.com kerana memberi peluang hadir ke food review ini.

Bagi yang nak cuba rasa Maggi Kari Ketam ini, MB sarankan anda semua terjah ke Miss Pah Hot Pot’s Bucida Court.

Alamatnya ialah Kedai No 4, Lot 2816, Jalan Damansara Sg. Penchala 60000 Kuala Lumpur.

Waktu beroperasi ialah dari Jam 430pm – 2.00am.

Dibawah ialah lokasi kejadian.

Lokasi Bucida Court
Pelan menuju ke Bucida Court

 

5,176 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam