Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Dengan Philips Soy Maker ni, mudah sangat nak buat air buah yang sebelum ini hanya dapat beli di kedai atau pasar malam.

Macam artikel sebelum ini MB kongsikan bagaimana hendak buat air soya dengan menggunakan Philips Soy Maker ini, sangat mudah beli kacang soya lepas tu rendam dan kisar, siap air soya.

Kali ini MB nak kongsikan cara hendak buat air jagung pula.

1. Sediakan jagung. Hendak mudah dan cepat beli saja butir jagung yang sudah siap dibungkus di kedai. Basuh dan buangkan bulu bulu jagung tersebut.

20131005-210405.jpg

20131005-210747.jpg

2. Kemudian masukkan jagung tadi ke dalam bekas sukatan yang disediakan mengikut jumlah isipdu air yang anda mahukan. Untuk dapatkan satu jug air MB masukkan 3 bekas sukatan tadi.

20131005-211210.jpg

3. Setelah itu masukkan sukatan tadi ke dalam Pot Soy Milk. Isikan air sehingga paras maksimum Pot.

20131005-211434.jpg

4. Tutup Pot dan pilih setting yang sesuai dengan tujuan anda. Tekan ‘ start’ untuk memulakan proses membuat air jagung. Indicator ‘ in progress’ akan berkelip menandakan proses sedang berlaku. Bunyi ‘bip’ akan kedengaran beberapa kali dan proses akan tamat bila indicator tadi padam.

20131005-211754.jpg

5. Dah habis proses boleh buka pot tadi untuk lihat hasilnya.

20131005-212403.jpg

6. Tuangkan air jagung tadi bersama hampas jagung. Gunakan tapis yang disediakan untuk dapatkan airnya sahaja. Boleh campurkan susu dan gula sedikit untuk rasa yang sedap.

20131005-213240.jpg

7.Nah! Siap!Air Jagung buatan sendiri, tak perlu beli di kedai lagi. Mudah bukan?Belilah 1 untuk kemudahan anda di rumah.

20131005-213527.jpg

6,433 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Hi! I just would like to offer you a big thumbs up for the excellent info you have got right here on this post.
    I am returning to your site for more soon.

    My homepage; gas heaters for the home
    gas heaters for the home Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..gas heaters for the homeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam