Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kalau lihat pada tajuk jangan terkejut pula, bukan MB yang terima nikahnya. MB  dah terima nikahnya dulu pada tarikh 5 Februari 2011. Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata seorang lelaki iaitu Mr.Ray.

Tak nak berceloteh panjang, sebenarnya tajuk “Aku Terima Nikahnya” ini ialah tajuk bagi filem terbaru arahan Eyra Rahman yang akan ditayangkan pada 11 Oktober 2012.

Adi Putra dan Nora Danish

Filem ini dibintangi oleh  Adi Putra dan Nora Danish. Sekali lagi mereka berdua digandingkan menjadi pasangan hero dan heroin selepas drama Tentang Dhia yang mendapat sambutan hangat sewaktu ditayangkan di TV3.

Filem ini menceritakan kisah seorang isteri yang setia, Arlisa (Nora Danish), yang bahagia kehidupannya berkecai apabila suaminya Johan (Adi Putra)  terlibat dalam kemalangan kereta. Disebabkan kemalangan itu, dia didiagnosis dengan penyakit amnesia, yang merumitkan lagi hubungan beliau dengan Arlisa. Tidak mahu berputus asa pada suami dan cinta mereka, Arlisa berazam untuk menjaga Johan walaupun dia tidak ingat pada semua, dengan harapan untuk mengingatkan dia dengan segala yang pernah mereka kongsi.

Itu serba sedikit mengenai jalan cerita “Aku Terima Nikahnya”. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah tonton di pawagam nanti.

Persoalan bermain diminda MB, adakah akan berlakunya “CINLOK” antara Adi Putra dan Nora Danish. Hanya mereka sahaja yang tahu.

4,889 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam