Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas MB dapat jemputan dari Hotel Singgahsana, Petaling Jaya untuk sesi Food Review. Bersama-sama MB 2 orang blogger dengan kepakaran masing-masing iaitu Kembar Rayyan Harries dan Hackers Malaysia. MB juga turut ditemani isteri dan anak.

Bergerak dari rumah ke hotel mengambil masa dalam 40 minit, tetapi alhamdulillah nasib baik jalan tidak sesak di lebuhraya persekutuan dalam jam 6.30 petang. Sampai di hotel dalam jam 7.15 malam. Sesi makan bermula dalam jam 7.30 malam.

Steamboat Hotel Singgahsana
Menu Steamboat
Steamboat Hotel Singgahsana
Shakiddo dan Eizil

Ok, kali ini steamboat nya berbeza. Sebelum ini kalau anda semua makan steamboat pastinya hidangan buffet bukan? Tetapi di Hotel Singgahsana ini mereka membuat kelainan sedikit dimana ada hidangan Ala Carte.

Steamboat Hotel SinggahsanaSteamboat Hotel Singgahsana
Menu Ala Carte

Ini contoh set hidangan Ala Carte, ada mee, ayam, ketam dan sedikit sayur.Sepinggan ini berharga lebih kurang RM 9.90++. Ok la tu kan tidaklah mahal mana sesuai dengan rasanya.

Steamboat Hotel Singgahsana
Menunggu untuk menjamah steamboat

Seperti yang MB sebutkan masa awal ย artikel ini MB ditemani 2 rakan blogger lain iaitu Shakiddo dan Eizil. Isteri dan anak MB juga turut serta dalam food review ini.

Steamboat Hotel Singgahsana

Steamboat Hotel Singgahsana
Kasi masuk itu steamboat

Walaupun nampak sikit dalam pinggan tadi tapi bila dah dicampurkan dalam periuk ni memang penuh pula isinya.

Steamboat Hotel Singgahsana
Sesak dah dalam periuk

Dah siap masak steamboat tu apa lagi dengan rakusnya masa untuk makanlah. Dengan perut yang lapar dari pejabat sengaja dibiarkan kosong kerana food review ini hehehe.

Steamboat Hotel Singgahsana
Masa untuk makan..!!
Steamboat Hotel Singgahsana
Udang pula…

Bagi MB steamboatnya memang sedap lebih-lebih lagi supnya sampaikan MB hirup supnya. MB lebih suka makan steamboat dengan sup berbanding tom yam. Kalau anda rasa tak cukup set tadi anda juga boleh tambah menu yang lain dengan harga berpatutan. Nampak seperti pelik sebab ianya hidangan Ala Carte bukan.

Steamboat Hotel Singgahsana
Jemput makan….
Steamboat Hotel Singgahsana
Mr Ray pun ada juga…

Secara ringkasnya apa yang MB boleh perkatakan ialah dari segi rasanya memang sedap tidak kira samada sup dan tom yam. Sedap sampaikan MB menghirup sup tu. Dari segi harga ianya berpatutan termasuk set dan add-on. Tetapi kemungkinan mungkin agak sukar sedikit kerana jika anda datang dalam kumpulan yang ramai sukar juga pelayan hendak ambil pesanan add-on, dah habis kena tambah lagi dan panggil pelayan. Tetapi jika hendak cuba Steamboat Ala Carte ini macam mana boleh datang ke Hotel Singgahsana di Petaling Jaya ini.

Hotel Singgahsana Petaling Jaya

7,231 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam