Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Kali ini berkesempatan untuk merasai Buffet Ramadan di De Palma Hotel Shah Alam, memang berdekatan dengan rumah MB. Sebelum ini MB dah rasa Buffet Ramadan di Tropicana Golf Club & Resort. Terima kasih pada pihak De Palma Hotel Shah Alam kerana menjemput MB dan rakan blogger yang lain.

buffet ramadan de palma hotel

Konsep Buffet Ramadan yang diperkenalkan di De Palma Hotel ini ialah “Juadah Sentuhan Ibunda“. Bagi MB satu konsep yang agak menarik ditonjolkan dan anda dapat bayangkan jenis masakan apa yang ada disediakan oleh pihak De Palma Hotel ini.

Juadah Masakan Ibunda” ini hasil masakan daripada Eksekutif Chef dan Senior Chef De Palma Hotel Shah Alam. Harga bagi Buffet Ramadan ini ialah RM 75 nett / Dewasa dan RM 35 nett bagi kanak-kanak 6-12 tahun. The Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1250 orang.

Sebelum berbuka puasa kami di dewan dihiburkan dengan nasyid dan alunan-alunan zikir sambil menunggu laungan azan maghrib. Yang menariknya pihak De Palma Hotel Shah Alam mengenengahkan konsep keislaman di dalam dewan berbuka.

buffet ramadan de palma hotel

Azan dilaungkan menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi daerah shah alam dan sewaktu dengannya. hehehe.. Apa lagi jom kita pergi jenguk-jenguk juadah apa yang menarik.

buffet ramadan de palma hotel

Pelbagai jenis juadah yang terdapat di sini, rambang mata tu sudah menjadi kebiasaan kita umat islam semasa ingin berbuka.

buffet ramadan de palma hotel

MB kalau bab makan ni tak memilih cuma pada waktu sekarang ni MB dalam proses mengawal diet pemakanan dan proses membuang lemak di perut..hahaha…

buffet ramadan de palma hotel

Sambil makan kami didewan diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran  daripada Sheikh Hassan Abdel Ghany Mohamed Abouseta merupakan qari dari mesir. Jarang ada program seperti ini dijalankan di majlis berbuka puasa. Sheikh Hassan juga mengimamkan solat tarawikh yang dilakukan di De Palma Hotel Shah Alam ini.

buffet ramadan de palma hotel

Suasana di Grand Ball Room ini pun amat selesa dan susunan setiap gerai amat strategik dan ada ruang yang cukup untuk tetamu untuk mengambil juadah.

buffet ramadan de palma hotel

Yang bestnya hiasan setiap gerai juadah kemas seperti kita berada di majlis perkahwinan pula..haha..

buffet ramadan de palma hotel

Perut pun dah kenyang, seperti biasa ambil gambar bersama blogger dahulu sebelum balik untuk dijadikan kenangan bersama.

buffet ramadan de palma hotel

Antara rakan blogger yang hadir ialah Bro Framestone dan pasangan, Abang Ensem, Boni Kacak, Nisa KayNizamSohoque, Mia dan 2 orang lagi rakan yang MB baru kenal.

buffet ramadan de palma hotel

Yang kat atas ni gambar wife MB dan.. dan… dan..haha..jeng..jeng..jeng….faham-faham je lah…

Apa yang MB boleh katakan ialah juadah di sini memang menarik dan membuatkan anda rambang mata. Yang palin MB suka sekali ialah Sambal Udang Masak Petai dan Ikan Keli Sambal. Juadah Western juga turut disediakan dan ada juga juadah dari masakan india iaitu kuih Vadey. MB sarankan anda yang berkelapangan dan berdekatan bolehlah pergi mencuba Buffet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam ini, lepas tu bolehlah anda singgah ke rumah MB sebab dekat je.

map de palma hotel shah alam

Untuk Tempahan & Pertanyaan

03-5542 8080

De Palma Hotel Shah Alam,

Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19,

P.O Box 7511,

40718 Shah Alam,

Selangor D.E

6,809 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. De Palma Shah Alam ini makanannya halal. Jadi sesuai lah utk buka puasa.

    Sayangnya ramai juga saudara muslim kita yg buka puasa di tempat seperti Planet Hollywood dan Hard Rock Cafe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam