Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas MB dijemput hadir ke Food Review di Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort Club di Damansara. Jemputan dari Redmummy.com dan bro Eyriqazz yang menghantar pesanan ringkas kepada saya mengenai jemputan tersebut.

Terima kasih kepada kak Red dan bro Eyriqazz.. Pertama kali jumpa kak Red sebenarnya.. Segan dan malu pun ada… hahaha…

Bercakap pasal food review ni, oleh kerana bulan ramadhan hampir tiba tak lama lagi, jadi musim orang mencari buffet sekarang sudah tiba.. Sebenarnya sudah 3 tahun MB berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort Club ini, itupun pejabat orang rumah buat majlis iftar disana setiap tahun, bertuahlah MB kiranya.

buffet ramadhan tropicana golf country resortbuffet ramadhan tropicana golf country resort

Beberapa rakan blogger juga turut hadir pada majlis tersebut. Ramai nak sebut ni, jadi anda boleh tengok gambar di bawah ini. MB seperti biasa akan tumpang Abang Ensem kerana kebetulan rumah kami dekat dan satu perjalanan.

Tropicana Golf & Country Resort Club

buffet ramadhan tropicana golf country resort

Sapai ke destinasi dan duduk di meja Media yang disediakan untuk kami para blogger. Terasa seperti di dalam bulan Ramadhan pula bila ramai-ramai dapat berkumpul dan suasana waktu magrib.

buffet ramadhan tropicana golf country resort buffet ramadhan tropicana golf country resort

Bercakap pasal juadah dan hidangan di Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort Club ini, memang sangat MENARIK dan banyak PILIHAN. Sampai rambang mata MB nak makan yang mana satu. Nak makan pun pening dan bercelaru hahaha.. Tapi makanan yang pertama MB ambil ialah Nasi Itik (maaf tak sempat snap gambar). Pelbagai jenis masakan ada antaranya Sup Gearbox, Rendang Tok, Kuew Teow Goreng, Bubur Cha Cha, Seafood, Apam Balik, dan macam-macam lagi.

buffet ramadhan tropicana golf country resort buffet ramadhan tropicana golf country resort

Kalu lihat gambar kuih muih di atas, bayangkanlah larat atau tidak anda hendak rasa semua jenis kuih muih tersebut. Memang tak laratlah jawabnya, MB sendiri pun makan 2-3 jenis kuih je sebab perut dah sempit sangat. Padat dan Mampat hahaha..

buffet ramadhan tropicana golf country resort buffet ramadhan tropicana golf country resort

Untuk Ramadhan kali ini ada beberapa gerai yang baru dibuka iaitu Musashi, Breakfast dan beberapa jenis gerai lagi.

Untuk kemudahan parking lot jangan risau kerana tempat yang disediakan memang luas jadi jangan khuatir jika tiada tempat parking. Bukan itu sahaja, buggy juga disediakan buat tetamu yang hadir bagi memudahkan mereka bergerak dari parking lot ke clubhouse.

buffet ramadhan tropicana golf country resort

Jadi kepada anda yang berminat untuk menjadikan Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort Club sebagai salah tu tempat untuk anda berbuka puasa dan mencari hidangan buffet bolehlah segera membuat tempahan nanti. MB memang sekeras-kerasnya menyarankan anda supaya berbuka puasa di sini, Memang seronok dan suasana yang menarik sambil kita menikmati hidangan berbuka puasa.

Harga untuk Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort Club ialah

  • Dewasa

RM60 ++ Pre-Sales (Jun)

RM70 ++ Ahli (Julai)

RM80 ++ Bukan Ahli (Julai)

  • Kanak-Kanak

RM30 ++Pre-Sales (Jun)

RM35 ++ Ahli (Julai)

RM40 ++Bukan Ahli (Julai)

Untuk tempahan vouchers boleh call 03-78048888 (ext : 306/309/325), 03-78041919, 014-9270501 (Razak), 012-2765797 (Zainul) atau 012-6201831 (Sazali Chin). Atau boleh pergi terus ke Tropicana Golf & Country Resort Club

Credit Gambar kepada Akubiomed

4,748 total views, 12 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Hurmmm dah lama juga rasanya xmakan buffet ni…

    rasanya boleh juga sesekali merasa iftar kat sana nanti…

    In Syaa Allah…

    tapi macam mana pula dengan keadaan jalan raya waktu tu nanti MB?
    Kikie Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..PTPTN MANSUH PENANGGUHANMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam