Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Dalam konsep pemahaman kita, Chinese New Year adalah masa untuk semua keluarga berkumpul malah sahabat dan rakan perniagaan juga turut serta.

Sempena kedatangan perayaan Tahun Baru Cina nanti, pihak Tropicana Golf & Country Resort Berhad memperkenalkan CNY Family Prosperity Dinner Buffet pada 30 Januari  – 16 Februari 2014 dari jam 7.30pm hingga 10.30pm.

Untuk memulakan prosperity buffet tersebut, menu istimewa iaitu Yee Sang akan dihidangkan percuma untuk semua pelanggan.

Anda akan dapat merasai pelbagai menu ‘Chinese Specialty Cuisine‘ pada waktu tersebut antaranya ialah Lotus Leaf Fried Rice, Organic Chicken with Dang Gui, Steam Fish dengan sos istimewa, Deep Fired Prawn dengan Salad Sos, Ginger Beef dengan bawang dan banyak lagi menu istimewa yang disediakan oleh Chef Tan iaitu Ches Sos Terkenal.

Buffet Chinese New Year
BBQ yang dihidangkan di Buffet Chinese New Year

Makanan seperti dalam bazaar juga turut disediakan antaranya ialah Roasted Chicken & Duck Rice, Sotong Kangkung, Fried Kuew Teow, Long Live Noodle, Popiah, Fried Dim Sum dan Chicken Lobak & BBQ Seafood.

Buffet Chinese New Year
Masakan jenis Bazaar turut dihidangkan di Buffet Chinese New Year

Selain itu juga, turut disediakan Nyonya Kuih, Agar-agar, Ang Ko Kuih, Kuih Bakul, Chinese Bread Butter Pudding, CNY Cookies, Assorted Cut Cake.

Buffet Chinese New Year
Kuih Muih dan Cake yang pelbagai jenis dan rasa Buffet Chinese New Year

Tidak lupa juga buah buahan juga turut disediakan seperti Jambu Merah, Jambu Batu, Nenas, Cempedak, Tembikai Susu, Tembikai, Betik,Buah Naga, Manggis, Rambutan, Longan, Mangga dan Limau Mandarin.

Buffet Chinese New Year
Dessert antaranya Choc Cake, Kuih Muih dan pelbagai lagi di Buffet Chinese New Year

Harga buffet tersebut:

  • Ahli

Dewasa RM 75++

Kanak Kanak RM 35++

  • Bukan Ahli

Dewasa RM 88++

Kanak Kanak RM 40++

Early Bird Vouchers HANYA RM 62++ untuk ahli dan bukan ahli dan akan dibuka pada 1 Januari – 26 June 2014.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan ‘CNY Family Prosperity Dinner Buffet’, boleh hubungi o3-7804 8888 samb. 306/309/325, 03-7804 1919, 014-927 0501 (Razak)

* All prices are subject to 6% Goverment Tax & 10% Service Charge

3,239 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam