Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum para pembaca blog Melastik Bintang.. 
Kali ini MB nak bercakap pasal WiFi pula.. Anda tahu maksud WiFi?? Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). WIFI mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan WIFI adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dank ad WIFI yang diinstal di dalam computer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Ha, sebab apa MB tiba-tiba bercerita pasal WiFi ni.. Sebabnya baru-baru ini MB telah diberi peluang oleh Packet One Networks untuk mencuba gajet terbaru mereka iaitu MX230. Peranti MX230 ini juga dikenali sebagai MX230 Personal 4G WiFi Modem. Terima kasih kepada pihak Packet One Networks kerana telah memberi peluang kepada MB.
MX230
Peranti MX230 Personal 4G WiFi Modem
Apa yang menarik mengenai MX230 ini?
Paling menarik mengenai peranti MX230 ini ialah anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari lokasi WiFi sekitar anda, kerana peranti MX230 ini sangat mudah dibawa kemana-mana malah boleh dimasukkan ke dalam poket. Dan paling utama ialah ciri 4G yang ada pada peranti MX230 ini.
Ciri-Ciri Peranti  MX230:
  • Sangat ringan hanya 75g sahaja
  • Reka bentuk yang kecil sebesar tapak tangan sahaja 13mm x 69mm x 69mm
  • Menyokong sehingga  8 client menggunakan WiFi (802.11b/g)
  • Port USB 2.0 sebagai USB Modem dengan Windows XP, Vista, 7. Mac OS X 10.5.
  • Peranti boleh dicas menggunakan Port USB termasuk adaptor smartphone ataupun Port USB Komputer
  • Cas penuh selama 3 jam
  • Ketahanan bateri selama 6 jam (bergantung kepada kekerapan penggunaan)

Saiz Yang Kecil Mudah Dibawa Kemana-mana
MB sudah pun menggunakan peranti MX230 ini. Baru beberapa hari menggunakannya ternyata tiada masalah bagi MB jika hendak melayari internet dimana-mana sahaja asalkan kawasan tersebut ada coverage dari P1. MB amat berpuas hati menggunakan peranti MX230 ini. Segala urusan semasa online berjalan dengan lancar dan pantas. Memang puas hati jika sesiapa menggunakan peranti MX230 ini. Apa tunggu lagi, Tukar, Tak Tukar? Tentulah kena tukar.. hehehe..
Nantikan review ke-2 dari MB mengenai kelebihan dan prestasi menggunakan peranti MX230 ini. 

7,504 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam